Saturday, August 28, 2010

BLOG SAYA AKAN DI PRIVATEKAN!!!!

AKAN PRIVATE KAN BLOG!

sila bagi e-mail uols. kita kan blogging untuk berkongsi info, bertukar-tukar pandangan sesama bride2b. tapi saya benci ada juga yang bukannya bride to be, bukannya nak berkongsi apa-apa, tetapi kerana mengenali saya secara peribadi, sibuk nak tahu what i am up to for my big day! benci! please leave your:


1)name
2)e-mail
3)blog URL.



thank you.

Friday, August 27, 2010

SUE CANTIK


i booked sue cantik oredy!
i know!!!! it's SUPER early but ya, i want sue and only sue.
(bridezilla alert)
sue cantik sudah buat ramai orang cantik! ;)





*source google
*kudos brides and photographers. beautiful!

Friday, August 20, 2010

FASHION DESIGNER. HERE THEY ARE!

baiklah uols! seperti yang dijanjikan/ harga2 yang saya letak di bawah ini seperti yang ditanya kepada mereka. harga tidak termasuk kain, dan limited kepada design bride + groom seperti yang simple (contoh seperti gambar yg dipaparkan). bukan yg grand design itu ini bagai. ini utk pengantin simple+minimalist:







BRIDE= kurung modern, flowy kain with simple embellishment.
GROOM= modern suit without beading/sulam


kayu ukurnya merujuk kepada design ala-ala di bawah ni:




berikut adalah combination yang saya combine kan designer mahupun famous tailor. Juga ikut jenis kain n pr skill uols.note that depa tak semestinya ada JV etc..list di bawah adalah kombinmasi dan pandangan peribadi I. list mengikut baju bride+ baju groom:



(All prices quoted adalah FROM RMxxx onwards)

1) NIK ERWAN ROSELI + NIK ERWAN ROSELI =RM1500
ya, dia boleh buat kedua-dua baju bride dan groom. for both baju dengan harga yang saya nyatakan. baik dia ni..... macam borak dengan kawan2 je. which is good. dia ni terlalu busy. kena update dia selalu.



2) UNAISAH AZLAN + OMAR ALI = RM600+ RM400 =RM1000
sudah pasti korang kenal unaisah yang baik hati ni kan? dia tak buat baju grooom but saya ada option utk uols! ya, unaisah boleh buat baju kurung modern uols dengan harga serendah RM600!!!! tapi slalunya fully booked, cepat2 hantar kain kat dia ok? omar ali pula tukang jahit, tapi dikenali orang2 kenamaan. suit boleh di tailor made dengan harga yang saya nyatakan. berbaloikan???



3) NURITA HARITH + DZUL DE CLASSIQUE= RM700+RM400= RM1100
nurita harith ni kat bangsar. tanpa kain, charge nya adalah RM700. dia ni finalist project runaway uols. abg dzul kita di kajang ni pula charge suit begitu rm400 termasuk sulam hokay?
contoh design nurita, rujuk perkahwinan hunny madu ok?



4) ANIZAM YUSOFF + BAGUTTA = rM700 + RM500 = RM1200
anizam is an upcoming fashion designer. juga dari project runaway, haritu dia menang best dress yang dipakai Lisa surihani dalam satu majlis anugerah! meletop! dia buat both bride+groom but missX opt for other famous tailor to save cost ;anyway, missX tanya anizam harga baju warna peach yang liyana jasmay pakai waktu jadi bridesmaid reception kakak dia. it's only RM750 ok? bagutta ni pula jahit baju melayu pun boleh around RM200. mahal sket, tapi jahitan mmg kemas!



5) SYAHRIR NURDIN +SYAHRIR NURDIN = RM1500
juga buat both baju bride+groom. dia dulu MissX igt lagi, tahun lepas kurung modern siap beading bagai paling RM800. dah meningkat naik kan katanya.bila saya hubungi, baik tuturnya. tapi dari review kawan missX, walaupun dia dah naik harga, but PR tetap tiptop. baik orangnya.



suka tak??? :)





***TIPS KAIN***
+ untuk suit groom bawak 4 meter kain shantung atau tafetta ya?
+ baju perempuan bawak je chiffon silk 6 meter dan lace 1meter pun cukup (seriously).
****************




*saya hubungi mereka dgn nama missX/nama saya :)


Ps: missX dah book make-up artist ya? majlis lagi setahun! hahahah HARUS! kan?

Monday, August 16, 2010

FASHION DESIGNER PART1

Hello bride-to-be.
(Entry ini ditujukan utk org spt saya, average bride. Bukan utk bride meletops harga baju sehelai 10k.. Haha Entry ini untuk bride2be yang hitung2 hehe)

See,I know it's a lot of money when we jumpa designer with our own kain and they asked for RM2-5K for a single bride's baju. Ya, bride's baju ONLY.

itu tak termasuk groom lagi. Bila ditanya harga baju groom yg ala suit modern butang leher ala cekak musang, butang kat depan tu; pasti jawab dorg, harganya rm800-rm2k. Erkkkkk bukak wallet or bukak maybank2u sambil termenung kan?? Like emmmmmm "baju aku rm2k, baju laki rm1k.erkk sepasang baju utk satu majlis je dah 3RIBU??" Tak sentap gitu? If 3majlis, tak 9ribu? Yang saya ckp ni merujuk kepada yg harga sepasang. Belum lagi yg 9ribu 3majlis utk BAJU BRIDE JE. Ye tak?

Ini hanya entry teaser. Anyway, MissX akan post entry macam mana, di mana, designer mana, untuk dptkan baju meletops pada majlis perkahwinan anda for both bride+groom= less than RM2k. SUKA TAK???
MIX+MATCH baju wedding will be revealed!!

*wedding spy ticker*

Wednesday, August 11, 2010

WEDDING VENUE!

Venue adalah perkara pertama to think (ok,fine.. After tarikh) so,ok.. venuebenda ke-2 lepas tarikh. Be it photog,baju,make-p,wedding planner semua tolak tepi dulu ok? Sbb, di malaysia, dekat KL khususnya, setahun sebelum dah kena book. Ada yang memerlukan 2 tahun kot!!! Saya sudah bingung. MamaX kesayangan nak buat dekat hotel; but saya rasa nak buat dekat dewan. Kenapa? Sbb hotel sgtlah terikat dengan protokol. Dari segi kos pun, saya yg takmau susahkan MamaX. Sekalipun dia mampu, to me baik dia bayar deposit rumah pengantin baru kan? Hahhahahahhaha!
Anyway,dewan yg terlintas di kepala saya adalah dewan bukit damansara n dewan perdana felda.mari kita lihat comparison di bawah ini:

1) DEWAN BUKIT DAMANSARA
-sewa dewan RM800+ carpet= RM1600
-kerusi meja= RM6000 (takmo pakai kerusi plastik,mau grand kononnya)
-food= RM13000

2) DEWAN PERDANA FELDA
-sewa dewan+food= rm65per head.

Mmmm taktau nak elaborate pulak. Anyway, both free parking and allow us amik wedding planner sendiri. :)

Adoi, tiba2 terberangan garden wedding pulak.tapi taktau yg mana menarik and takde nyamuk. Ahahhahaha korang sila bg pandangan plssss!

1)Taman Bukit Kiara (ni je yg saya tau..so kornag tambah nombor 2 n selanjutnya k?)

AaaAaaaa.tiba2 teringat hotel yg diajukan MamaX pula.

1) Marriot Putrajaya (alasan MamaX sbb office dia slalu function situ, so dia tau everything bagus;service,makan,etc)
2) Pullman Putrajaya (cantik dan baru katanya... Erkk service taktau)
3) Royale Chulan (emak ku suka setelah lihat di Nona aritu)
4) Hotel Istana (old time favourite katanya)

Ok, pening. Bye.

Tuesday, August 3, 2010

MAID OF HONOR: teman setia & penyimpan rahsia.

Menjadi seorang pengapit or MAID OF HONOR bukan mudah seperti yang disangka. MAID OF HONOR selalunya kawan yang rapat. tugas MAID OF HONOR bukan setakat tolong kipas atas pelamin, malah TANGGUNGJAWAB lebih daripada itu. seorang kawan yang betul2 IKHLAS sahaja layak bergelar MAID OF HONOR . ciri utama KENA PANDAI SIMPAN RAHSIA. MAID OF HONOR selalunya tahu 90% of the preparation, malah if si pengantin terlalu percayakan si MAID OF HONOR, dia even akan bagitau surprise or any gimmick. dan juga beberapa perkara jika tidak diberitahu dengan cara berkias atau berdolak-dalik oleh bride kepada si MAID OF HONOR bermaksudkan bride tu taknak berkongsi. maka, jangan mengorek dan mengkaji. jadi, kalau nak jadi MAID OF HONOR, renungkan beberapa perkara ni.

1) PREPARATION:

a) bila bride tgh deal dengan vendors, let her be. biar dia discuss apa yang dia nak, jangan interrupt. beri pandangan bila diperlukan sahaja. toksah nak sibuk mencelah sbb kadang2 might annoy kawan baik anda iaitu THE BRIDE. nak tahu kenapa?
kadang-kadang bride taknakla share berapa budget dia sekalipun dengan bridesmaid. sbb tu la jangan kacau. ketahui tugas anda secara tepat.

b) jangan mudah ambil hati. tang preparation, bride sangat busy. kadang2 terkalut, tersuruh itu ini, fahamilah.. bukan niat. tapi itulah yg dinamakan cold feet. kekadang MAID OF HONOR tempat luahkan perasaan, jangan hang dok pi canang pulak!

c) ada bride tak suka share siapa vendors dia. sebabbbb kadang2 ada org beli time sale ke, kat outlet ke, so tak semestinya dia nak share; ada sbb2 tertentu kenapa dia tak share. contohnya bride yang ada kawan2 and makcik2 mulut puaka. so contohnya anda di bawa ke warehouse sale gucci, contohnya. sudah tentu sewaktu bershopping bride-bridesmaid, kamu berdua tau... nak carik barang murah kan? bila dapat dari rm4000 jadik rm2000 jek. tak ke best dikala itu??? tapi INGAT, sebagai MAID OF HONOR yang meneman, zip kan mulut. tak perlu la kau cakap kat kawan lain "alaaaa aku teman dia aritu, beli kat warehouse sale 50%!!! murah je!" TAK PERLU!!!

d) si bride jumpa satu tempat tempah barang yang murah dan berkualiti di ceruk2 alam. MAID OF HONOR of course pegi teman bride. so sebagai MAID OF HONOR, bila bride tu tempah di tempat tersembunyi dan takmau orang tau, dengan cara diam2 tak mahu ditanya atau bride cuba berdolak-dalik FAHAM THE SIGNAL!!! maksudnya bride tu taknak share! (mungkin sbb bila commercial takut harga naik). anda tidak perlu mencari, mengorek dn kemudian pergi bagitau kawan lain. KECUALI, bride tu sendiri nak bagitau dan nak share. let the bride talk, or ask your friends to ask the bride themselves. MAID OF HONOR jangan jadi informer.

f) jangan opportunist.




2) THE DAY

a) it's her day. jadi MAID OF HONOR jangan lawan toke pulak. bukannya bride berdengki, but it's her day afterall. benar, MAID OF HONOR pun kena kelihatan cantik tapi janganlah sampai tetamu tak kenal yang mana satu pengantin perempuan.

b) jangan rasa kecil hati. kadang2 bride ni tengah kalut+nervous. di mintak panggilkan ahli keluarga atau amik kasut contohnya, jangan ambil hati, just for a day pun. itu tugas MAID OF HONOR HATI KENA IKHLAS.

c) MAID OF HONOR kena ada bersama bride sentiasa. if rasa tak sanggup, jangan volunteer / say yes waktu mula2. janganlah pulak bride kat dalam tu tengah bersiap, time tu la anda mahu keluar masuk. ataupun, bersembang kat luar selama sejam!!! bride mungkin perlukan bantuan anda.

d) MAID OF HONOR walaupun bukan ahli keluarga sedarah, tapi waktu hari perkahwinan kena jadi tuan rumah. maksudnya, waktu kenduri layan tetamu sampai majlis selesai bukannya melantak bersama2.

e) waktu salin baju utk majlis potong kek contohnya, atau waktu makeup sebelum majlis. ada dialog dan perkara2 yg akan jadi antara bride & groom. pekakkan telinga. if dengar, simpan rahsia. :)

ada beza BRIDESMAID n MAID OF HONOR.
BRIDESMAIDS PENYERI MAJLIS.
MAID OF HONOR BESAR TANGGUNGJAWABNYA.