Wednesday, October 5, 2011

SO...?

No offense. But siapa yang rasa ego adatnya tinggi, jangan baca entry ini. Jangan baca entry ni kalau pemikiran sempit dan 100% nak ikut adat dari zaman nenek moyang hang.

1)
SITUASI: saya dan tunang bersetuju buat hantaran 9 balas 9. Maka, si hamba Allah berkata "eh mana boleh, pompuan kena bagi lebih kat laki. 11 balas 9, 9 balas 7 gitu"....
MOTIF?!: apa masalah kau makcik? nak bagi lebih ke, bagi kurang ke... cukup bagus aku ikut adat yg kau nak sgt ni, sbb benda2 ni takde dalam ajaran agama islam pun. Saya buat juga hantaran ni pun kerana nak sedapkan hati kau. dah tu takkan kami kaum hawa ni kena nampak tongong combine 3barang atas satu dulang gara2 kuantiti dulang kena sikit drpd laki?? Pk la... Tak pasal aku campur semua dlm satu dulang tapi minta kau asingkan mcm dlm cerita musang berjanggut.
LESSON: jangan obses sgt dgn adat jumlah dulang ni. satu sen pun tak dihulur, jangan byk komen. B2B tetapkan pendiriab jgn di ikut sgt stereotaip karut ni.

2)
SITUASI: keluargaku bersetuju adakan resepsi 500pax, kata bonda "biar kita dpt jumpa and sembang dgn setiap seorang yg dijemput" kata ayahanda "biar bersederhana, asalkan semua yg hadir kita kenal,bukan spesis heret satu lori keluarga".... Kata makcik dlm nada nak sterotaip dan tak bersetuju dgn keluargaku..."kamu tau tak, haritu belah isteri cousinnya si polan jemput sampai 2ribu org tau! Meriah sgt! Ramai sgt dia buat besar-besaran sbb ayah dia penolong pengarah felda tau!"
MOTIF?!: so what? kalau jemput 2000org itu kau jadikan ukuran besar-besaran? Motif kalau harga katering satu kepala 6hengget, pelamin wrought iron zaman 80-an, dapatlah. And anyway makcik, penolong pengarah tu gred kerajaannya setaraf je ngn budak baru yg dpt degree pun masuk gred 41 jadi penolong pengarah! Sedihlah bapak bini anak sedara kau tu kalau umor 50 baru pgkt penolong pengarah. Hello... Anak KSU, anak KP pun boleh humble, kau apa kes? to me, sebelum bercakap buatla research... If pangkat, kuantiti dan duit jadi ukuran kau, meh aku kasitau realiti! kalau org buat dkt hotel, satu kepala average rm120, kali 500pax pun dah 60k tau! Tak masuk deco baju bagai lagi. Yg kau agungkan 2000pax tu, kata kau besar-besaran, kali 6hengget, baru 12k!
LESSON: So kalau kuantiti dan wang ukuran kau tanda besar-besaran, lihatlah yg kau keji 500pax tu nilainya 5kali ganda RM kenduri penolong pengarah ekau tu haaaa..Kau ada?! Nan hado! So makcik2 cik pong, jgn stereotaip berdasarkan jumlah jemputan ok??!

3)
SITUASI: mas kahwin hak si pengantin perempuan, maka si pengantin lelaki mahu kasi lebih sikit... Tanya si makcik kepada bakal pngantin perempuan, "eh nikah KL mas kahwin RM80 je kan, ok la tu kan? Ke nak lebih?"... Apa punya soalan da... Takkan pengantin pompuan tu nak jawab org tua, "ha'a nak lebih!" pk sikit, bagila open ended question, bijakkkkkk!
MOTIF?!: janganlah tunjuk kedekut sgt makcik oi. Anak kau yg belajar tak berapa nak pandai pun kau letak wang hantaran 15ribu! Ini kisah mas kahwin, kalau lelaki nak kasi katakanlah RM500, biarlah dia.... Itu hadiah dia utk isteri dia. yg kau nak dia bagi rm80 genap2 je apahal? Kalau dia kawen ngn gadis selangor rm300, takkan kau tanak bagi? ... Kalau aku jadi kau makcik, aku yg malu dengan diri sendiri--- anak kau kawen dengan anak keluarga terpelajar,bakal isteri anak kau pun org yg belajar tinggi... Be yourself, at d same time find alternatives to at least be almost at par with ur new in-laws.
LESSON: If i were u makcik, i will find ways not to embarassed myself dgn bakal biras.. I will shower my future daughter in law to prove that i can give as equal. Jgnlah malukan diri sendiri tunjuk sikap kedekut taik idong masin tu! Jgn stereotaip, berkira sgt nilai harga anak dara org lain-- siap nak diskaun! Semata2 sbb kau rasa pompuan bandar ni tak pandai buat kerja rumah, tak pandai masak. Mana kau tau?! bukan smua org bandar tak reti buat keje rumah tau! Anyway, kami di sini bekerja bukan posing kat rumah tunggu laki balik je. Kalau pose kat rumah, taktau buat keje rumah layaklah di humband dlm lombong, but if menantu kau bekerja dia reti buat 2-3 kerja rumah pon dah cukup bagus tau! At least dia tolong anak laki kau add on to family income! ... Btw, bila tiba tang anak dara kau sendiri, mcm2 kau demand kat keluarga laki padahal anak dara kau belajar ala kadar je, kemahiran kerja2 rumah pun nan hado, ada degree cgpa syahdu grad dpt kerja kerani je, itupon kau letak rm15k hantaran. Berangannnnn! Cerminlah diri n anak sendiri dulu!


Itu je 3 pengajaran kepada makcik2 stereotaip di luar sana.... Kalau aku luah depan muka, kau sentap kan??!

KthanxbyeBlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

19 comments:

  1. Sometimes, memang rimas jugak pasal adat2 ni. I pun tak ikut sangat. Hari tu tunang, hantaran lelaki 5, pompuan 4. And my wedding nanti, guest around 100 only. Yes, 100! Or maybe less than that. Just a small, intimate wedding..

    ReplyDelete
  2. makcik kepochi selalu yang lebih2.. norapun pening sampai hal baju pun nak masuk campur eh pakcik streotaip pun ada tahu T_T

    ReplyDelete
  3. haaa i pn pnh kene camni. psl hantaran brp dulang jd isu. ikutkn family i takde masalah lgsung pn.lg plak family i asal rembau. org ckp daerah beradat. rilek je family i takde plak mintk mcm2 sbb mak i ckp tu adat org yg buat bkn dlm agama pn.ms tunang rileks je hantaran dr tunang i lebih dr kitorg haha :p

    ReplyDelete
  4. manusia kan. lain org lain cara pemikiran. T_T. kdg2 kecewa dgn stgh manusia perangai mcmtu.

    1) fariza pun kurang gemar terlalu ikut adat sgt. time tunang pun 'terpaksa' ikut mulut2 kureng tu. adalah sikit kecewa, tp ikutkan je lah. bukannya bumi jd segiempat pun kalau dulang bukan dlm angka ganjil/genap/sama.

    2) bersederhana itukan lebih baik. x sukalah jenis manusia mcm tu.

    3) terpulang kpd lelaki mahu bagi lebih. tp kalau ada org kuat..... xbleh nk wat apa lah.

    ReplyDelete
  5. weeeeeeeeeeee i like i like i like this post! :D

    ReplyDelete
  6. hehehe i totally agree with you....
    I have the same situation here....
    I tot of doing a very private wedding between us, family and close friend....
    tapi yang mak cik mak cik ni sebok nak jemput satu dunia.... "sampai hati kau tak nak jemput sedara mara"

    to me.... they dun even know me and i dun know them

    I rasa cukupla setakat adik beradik parents i je.... i want the wedding to be memorable bukan carca marba.....

    pedulikan apa orang nak kata....
    It's your wedding by the way

    well, I hate stereotype too

    ReplyDelete
  7. setuju dgn jenis2 perangai mcm ni. waktu nk kawen dulu mmg kena thap sabar yg tinggi.sampai nk giveup pun ade. hantaran yg siap gubah pun depa boleh bukak balik...tanpa ada tuan punya badan... melampau. dugaan nak kawen. lega semua dah lepas. kuatkan semangat ok lalink!

    ReplyDelete
  8. REooWWW..! amek..yuyu garang okeh.. ;)
    heh these kind of typical+stereotype makcik2 ni kalau boleh nak (3C)compare/complaint/comment pasal orggg je kalau bolehkan... kalau i la kan, i akan psycho balik dgn answer yg sarcastic like OOO YEKEEEEE... OOO CAMTUUU... my advice, ignore je these people..huhu..

    ReplyDelete
  9. betul2.. rimas je dgn makcik2 yg bermulut camtu.. suke ati org la kan.. wat xtau je la.. buat je ape yg u nk buat ok dear..

    ReplyDelete
  10. nak buat mcm mne.. bnd ni biasa berlaku kalangan msyarakat kite.. tu x boleh..ni x boleh.. x ikut adat la.. ape org ckp nnt la.. benci x boleh jd diri sendiri n manage ikut kehendak sendiri kan.. xpe la.

    ReplyDelete
  11. i loooooiiiikkkkkkkkkkkkkeeeeeeeeeee this entry very much!!!!! pastu as masyarakat melayu, suka sangat nak dengar cakap orang yang suka jaga tepi kain orang. rimassssss gila kot.

    p/s: sis, kite mau copy entri sis n will credit back to u, boleh?

    ReplyDelete
  12. agree la dear.. apa yang nak diheran kan. hmmm sabar2 as for me buat majlis ikut kemapuan biar sederhana tapi meriah. apa yang u cakap tue betul Orang mcm nie ukur kain orang kain sendiri x ukur.

    cool and chill ok dear...

    ReplyDelete
  13. hahaah kerry pun kene.
    sakit hati woo0
    bila kite berlebih2 cebik mulut ckp membazir la ape la.bila kite bersederhana mengata plakk..mulut org tak boleh tutup.kite pejam mata n pekakkan telinga la.

    ReplyDelete
  14. ahhhhhhhhhhhhhhhhh i ingat i sorang je ada masalah hormon dengan makcik2 ni! geram tau.... tarikh nak dekat ni lagi i hormon sbb dorang bukan membantu, sebaliknya lebih banyak bercakap... elok2 hati aku baik nak sponsor accomodation and make-up to some of them, teros aku cancel! merasalah kau buat sendiri semua kan?.... and the best part, i told my mum-- asked them to only jejak my venue ikut arrival time... takyah datang sebok datang awal konon2 nak tolong... i'm afraid dorang memandai ubah kedudukan, gubahan, etc...

    ReplyDelete
  15. im lucky that my parents is so not stereotype and whatever they decide to do no one will say anything because diorang takot dengan my dad! muahahah and luckily my dad punya pemikiran sama dengan i. that is why im so happy masa my wedding. my advice to u, just totally ignore them, once the wedding is over, no one will remember it

    ReplyDelete
  16. memang selalu berlaku la benda-benda macam ni... nana pun terkena jugak dengan mak cik2 yang duk sibuk tanya berapa wang hantaran, berapa ekor lembu tumbang bla.. blaa..... sangat-sangat rimas la dengan orang yang jenis macam tu....

    ReplyDelete
  17. Like tis entry. Mine
    Punya dulu pon dulang balas sama. N its totaly true kalau u nak buat, kualiti not by kuantiti. Some people r proud of d number of people they get to invite. In the end anak sdr suffer sbb mak byk songeh, anak kne tanggung. N yes, i tink ridiculous la kan nk mtak duit hantaran byk2 tp anak ko tu blaja takat mana je n question apasal kita mintak sikit. Hello makcik, kalau nak utk glamer kn muka kau xpayah la kot, ksian kt lelaki nk baya carik duit pas kawen suffer. Pfffttt. Some people..

    ReplyDelete
  18. saya setuju dengan awak.
    masa saya tunang pun dulang balas sama, 9 dengan 9.

    It should be no problem. :)

    ReplyDelete
  19. kira ok lagi..saya lagi pening sbb..
    1) baju nikah pun jd isu sbb xnak buat warna putih coz most of pengantin pakai putih but i refuse..itu dah jadi isu dah..konon2 xsesuai coz umh i kt kg.kalau pakai warna lain, gelap katanya..bodo giler..igt kita nih xbuat research agaknya..memang sakit hati!! Padahal majlis nikah kt umh pengantin perempuan.yg diorg sibuk sgt apa hal???? xfaham sungguhhh!!!

    2) barang hantaran xbole beli utk diri sendiri, which are, pihak laki2 beli utk perempuan n pihak perempuan beli utk laki2..persoalannyer, diorg tahu ker taste pengantin perempuan????

    3) bab mas kawen pun jadi isu..kata parent kita xberbincang dgn parent pengantin laki2..letak harga sesuka hati..padahal sepatutnya keluarga si lelaki la dtg or call keluarga si perempuan tanya semua2 tu ini tak dtg sekali tu jer. dh tu xkan la pengantin pmpn sendiri gedik2 nak g tnya keluarga pengantin lelaki...haishhhh...bole plak kata mahal padahal xsmpai 10K pun..padahal kakak dia yg 1st tu kawen[diploma jer pun], hantaran 15k. Bila kata kakak dia kawen mahal, diorg ckp xper..itu sbgai jaminan sbb kakak dia kawen dgn org luar.dah tu pengantin pmpn tu ada master n bakal kawen dgn adik dia yg diploma jer, terjamin bahagia ker??..xsedar diri sungguh..xper, saya nak tunggu tgk time dia kawen n adik pmpn dia kawen..dorg nak letak berapa plak hantarannya..

    pendek kata macam la isunya..mujur la famili pengantin perempuan jenis cool..kalau tak, bole jadi tak kawen rasanya....haishhhh..mentallity org melayu zaman ini...

    ReplyDelete