Wednesday, December 18, 2013

THAT'S PLAIN RUDE

Situasi di kafe petang tadi:

Saya sedang duduk makan/minum petang dengan seorang kawan.
I repeat, SEDANG makan.

Tiba2 beberapa pinggan dan gelas kotor, berserta dengan sisa makanan hinggap di meja kami.

Saya menoleh, seorang wanita bertubuh gempal, bertudung pink, beredar duduk di meja sebelah bersama rakan-rakannya dan sambung bersembang.

Saya pandang sahaja gelagatnya, mungkin dia tak rasa apa2, sbb mmg sikapnya begitu. Atau dalam hatinya rasa diri taiko, berkonsep "ada aku kesah" iaitu fefeeling hijabista gangster.

Tahukah anda... THAT'S PLAIN RUDE.

Salah dan jijik meletakkan SISA makanan dan perkakasan kotor di meja orang lain yang SEDANG makan. Walhal ada beberapa meja kosong tidak berpenghuni di sekeliling kami, atau boleh juga hantar sahaja kepada cleaner/dapur.

Just to make space for themselves and to clear their table, the lady actually dumped in the trash di meja kami yang SEDANG makan.

At the very least, cakap la "sini takde orang duduk kan? Boleh tak letak kat sini?"
Konsep yang sama kalau kita nak ambil kerusi di meja orang lain--
"Kerusi ni ada orang duduk tak? Boleh saya ambil?"

Itulah ADAB.

Selesai makan saya ke mejanya dan menyapa lembut berbahasa Melayu--
"Kak, minta maaf ye. Sebenarnya tak elok letak sampah dan pinggan mangkuk kotor dekat meja kami sbb kami SEDANG makan. kalau nak bersihkan meja kakak sekalipun, boleh letak di tempat yg kosong. Minta maaf ye kalau saya tegur, ini untuk kebaikan. Sebab tak elok buat macam tu waktu orang sedang makan"

Saya memberi senyuman dan beredar perlahan.
Biar dia jadikan iktibar.

7 comments:

  1. Hi,

    i really applaud your action, it was totally called for.. it was nice that you said that only after you had done your meal.. if it was me, I would say right there and then and also add, while she doesn't want to eat near dirty dishes, what made she thinks others would want it too.. Anyway, saw your post at one of fb groups about something you're working towards in the future, just wanna say I am too, hehehe but i think my rezeki may not be from that source of funding, may need to find other source too.. I hope you can extend your prayers for me so that maybe, we can met up "there".. hahahaha oblivious kan.. :)

    ReplyDelete
  2. baiknya u tegur dia lepas habis mkn..kalau i dah sembur masa tu jugak..haha..

    ReplyDelete
  3. kurang adabnya dia..blajar dimana dulu???org mcmni pun ada wujud ke..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Hi yuyu, im being out of the topic here.would love to thank u for making urself available to being our wedding mc. Ur gorgeous and such a wonderful person. Nice knowing you babe and pls do keep in touch ya. Xxx

    ReplyDelete
  5. Hye pretty Dr.! :) saya sangat happy emcee-ing your wedding. I love your baju on the majlis bertandang and the amazing pink dress!! Awak dan husband sangat baik and i had a wonderful time emcee-ing your beautiful wedding. U have my number. Keep in touch darl!

    ReplyDelete
  6. Huhu, izzah, yna: sbb dia kurang ajar lah, kita kena ajar dia. goodness, i hv no idea why in the world that lady behaved that way. i wouldve scolded her if she's my friend. luckily she's just a mere stranger, so i talked nicely to her with a smile. i think i left a huge stamp on her forehead... a capital L. hehe

    ReplyDelete
  7. Hye pretty Dr.! :) saya sangat happy emcee-ing your wedding. I love your baju on the majlis bertandang and the amazing pink dress!! Awak dan husband sangat baik and i had a wonderful time emcee-ing your beautiful wedding. U have my number. Keep in touch darl!

    ReplyDelete