Thursday, June 2, 2016

ANTENATAL CHECKUP (38 MINGGU)

Dah masuk 38 minggu. Alhamdulillah.
Kepala baby dah di bawah but belum masuk laluan.
And baby masih di posterior position.
Maksudnya her face mengadap tummy, not spine.
Obgyn kata takpe, ini bukan breech.
Banyak baby akan spin ke anterior position bila dia dah ready nak keluar.
Maka, saya kena terus gigih exercise on birthing ball.
Obgyn kata banyakkan turun-naik tangga.



Bila dah 38 weeks ni mmg tak berani keluar jauh-jauh.
All activities mesti area Damansara sahaja.
Husband masih bekerja.
Saya dah diberi 2weeks MC sampai EDD :)

Setiap hari saya membaca.
Ada org kata tak elok, sbb nanti mother overthink.
But to me, I have to prepare myself mentally.
Maklumlah pengalaman pertama.
The only thing I couldnt imagine adalah sakit contraction.
So, set je dlm otak, "it is the most painful kinda pain in the world"
When we think that way, bila tiba masanya kalau tak sakit sangat, we'll be like,
"Takde apa sgt pun"
BUT if mmg sakit amat pun, otak dah set utk bersedia dgn kesakitan tu.

Nak dekat ni, banyak soalan saya tanya kawan2.
Even small things like--
Waktu teran tutup or buka mata? (Utk elak red eye/ urat mata pecah darah)
Mulut kemam or mcmana? (Utk elak muka 'terbakar')
Saya tanya soalan begini sbb asyik2 org ckp pasal jangan angkat punggung, dah tahu buat apa nak tanya lagi kan?

Sama juga nasihat yg semua org tahu-- makan kurma and minum air zamzam before bersalin. Mmg dah tahu dari zaman nenek, so tak perlulah saya tanya lagi.
Jadi soalan saya,
Before masuk labour room apa makanan yg kenyang n bagi tenaga? (Salmon, telur)
Masuk labour room, apa boleh makan? (No food, air je)
Kalau tak makan langsung? (Nanti tak larat nak push. So kalau nervous or tak lalu pun, kena makan)

Itulah kisahnya.
Btw, my baby pout during my 38w ANC.
Belum keluar lagi dah pout.
Kemain kau, nak. Haha

Thursday, May 26, 2016

VAGINAL SWAB & PELVIC EXAM (37 MINGGU)

So, I had my first lesbo moment yesterday HAHA
Finger-f by a lady! HAHA jk.
It's normal for all pregnant women utk 'diseluk' when u're 37w pregnant.
It was a quick procedure.
Personally, it's not painful at all, maybe because my obgyn has skinny fingers HAHA
So sila take note kalau obgyn anda sejenis gebu. Lol

It's not painful, BUT mcm malu2 sikit.
Haha dah la siang hari, in broad daylight, tiba2 siap ada lampu suluh.
Luckily mmg clean-S down there. HAHA Penting ya. HAHA

Btw before the pelvic exam, my obgyn performed vaginal swab.
Yang tu tak guna fingers, guna speculum.


For pelvic exam, obgyn inserted two of her fingers hingga pangkal rahim.
It's to determine whether you have short/long laluan.
Lepas tu untuk determine if your cervix longgar or too tight.
Daripada selukan itu, dia akan tahu baby mudah lalu atau tak-- obgyn akan refer juga berat baby.
During the antenatal checkup yesterday, my baby was 2.9kg.
So dia kata if baby 3.1-3.2kg by 39-40w, just nice.

I tanya obgyn, how to determine if susah?
She said kalau wanita laluannya panjang,  too tight, baby besar sgt-- selalunya dia risau if bahu tersangkut ke apa.
But anyway, walaupun dia ckp kepada saya my laluan and baby size just nice, but she said-- kadang2 yg berlakunya emergency csec adalah perkara yg any obgyn susah nak determine, iaitu kuasaNya.
Contohnya, cervix dilation stops half way and pelvic tak buka enough baby tak boleh lalu.
So yeah, still kena mentally prepared if ditakdirkan begitu.
Ok sekian.

Love,
Y

Thursday, May 19, 2016

9 MONTHS! ALHAMDULILLAH

Hari ini dah masuk 36 minggu.
Secara rasminya, 9 bulan.
Tak sampai 3-4 minggu lagi nak bersalin.
Nervous yang amat.

I had my antenatal checkup on Monday.
Terkejut juga blood pressure naik sikit.
The reading was 150/100.
Obgyn tanya "Awak stress ke?"
Me: No
Obgyn: Banyak makan high cholestrol food? Lamb?
Me: No, I don't eat lamb at all. Garam in food pun saya control.
Obgyn: Ini mesti overthink.
Me: Most probably.

So, my obgyn gave me cuti sakit 3 hari untuk berehat.
But next week kena datang untuk V-swab n pelvic test.
Awal2 dia dah beritahu akan 'diseluk'.
Maka, tahulah saya apa preparation yang harus dibuat.

Yang pertama, haruslah pastikan kebersihan di tahap maksima haha
And secondly, kemas beg hospital!
Just in case kena masuk wad terus LoL.


Wednesday, May 4, 2016

SMALL BABY?

Seriously, I don't eat for two-- because that's a myth.
I eat healthily and til now, at 34 weeks pregnant, I gained around 16 kg only.
I eat rice, all sorts of protein, vege, fruits--- everything in moderation.
Takdela melantak sampai naik 30kg.

Cuma yang menghairankan---
Kalau ikut Apps 'What To Expect', at 34 weeks pregnant, my baby should weigh 2kg.
Bila pergi antenatal checkup yesterday, she's 2.1.kg.
So I was like, "Ahaaaa good! Lebih kurang!"

Dah habis scan, tiba-tiba obgyn cakap---
"Your baby is quite small. You have to drink more milk, if not nanti kena c-sec"
Aku macam-- WHAT??!!!
Apa yang small nya?
Motif c-sec?

I think this is the third time she mentioned the word c-sec.
Rasa nak tukar Obgyn je!
Tapi dah 34 weeks.
Nanti good Obgyn lain taknak terima dah.
Urgh.

Friday, April 22, 2016

WANITA MENGANDUNG MALAYSIA DIMANJAKAN

Tajuk merujuk kepada how Malaysian women are treated by the gov hospitals in Malaysia.
Kita sebenarnya sangat dimanjakan kerajaan.
Dan haruslah bersyukur dengan nikmat yang ada.
Budaya kita menyebabkan sensitiviti terhadap wanita mengandung sangat tinggi.
Apatah masyarakat Melayu yang melihat wanita mengandung ni macam... erm.. kasihan?

Honestly, my friends who gave birth in the UK have shared stories of their birthing experience-- takde maknanya lah hospital kerajaan nak melayan kerenah hangpa. They've been working with thousands of mothers and sambut thousands of babies every month. They just know.
In fact, dekat Malaysia ni pun obgyn tahu-- cuma kalau tak dilayan, orang kita ni senang sentap.

Di UK, semua orang, bukan sahaja foreigners, malah locals--- semua tahu yang perubatan percuma/ disubsidi harus dinikmati dengan adil, dan beri laluan kepada yang lebih memerlukan. Bukan semua orang boleh pergi ke bahagian A&E, atau di Malaysia kita panggil unit kecemasan. Ada piramid/ hierarki untuk menentukan sama ada sakit dikategorikan sebagai emergency atau tidak. Kalau asma pun, depa suruh balik. Belum lagi cerita pasal appointment dengan GP... seminggu paling awal, baru dapat jumpa doctor. Kalau demam, dah baik dah pun demam Haha. Itu pengalaman peribadi saya sendiri. Lol

Bercakap tentang ibu mengandung---
Kalau di hospital kerajaan di UK-- Rasa nak bersalin? Contraction yang teramat sakit? Dah buka 3cm? Anda akan disuruh balik rumah.
For medical practitioners, 3cm is considered nothing.
They'll ask you to go home and rest until your water breaks.
Kalau 1cm? Lagi tak dilayan.
Bukan kenapa... tapi sebab wad di hospital diperlukan untuk mereka yang lebih memerlukan.
Remember, pregnancy is not a disease.

Kalau dekat Malaysia buat macamtu...? Habis VIRAL!
Contohnya kes yang melibatkan Hospital Sg Buloh baru-baru ini.
The doctors just know--- you won't give birth just by sitting at the lounge.
You won't give birth just because you don't get a bed.
Bukan kata sejam, 4-5 jam pun belum tentu bersalin lagi.
You have choices-- to go home, to walk around or to just sit and wait.
If you want to be treated like a queen, go to private hospitals. Simple.
You can demand if you are in private hospitals because you are paying quite a sum of money.
Tapi, di hospital government-- banyak lagi kes yang mereka kena attend.
Jangan maki-maki staf hospital kerajaan tak tentu hala.
(Note: Dan tak perlulah viralkan di laman sosial)

Bagi pengamal perubatan apatah yang dah sekian lama berkhidmat di wad bersalin, ibu-ibu yang less than 3cm, they know nothing will happen within a few hours.
Unless physician realised mom has potential for rapid labour (yang jenis buka 1cm every 10-20minutes) -- kes begini pun, pun satu dalam seribu.
Selalunya, kalau dah pecah air ketuban atau dah buka 6cm, baru pesakit dibenarkan masuk wad and tunggu sampai fully dilated sebelum di bawa ke labour room.
Afterall, according to the NHS, waiting for long hours in the ward will only make mothers 'malas'-- terlantar sahaja menahan contraction and ada kes yang tak boleh buka dah sbb suasana hospital yang menyebabkan mother takut.

Malangnya di Malaysia, ramai tak faham konsep rawatan percuma di fasiliti kerajaan.
Mengapa agaknya orang kita selalu panik tak tentu hala?
Blame it on the unnecesary drama scenes!!!
Honestly, semua yang dah ada pengalaman cakap--- takde maknanya first time rasa contraction terjerit-jerit bagai. The starting pain comes slowly-- it doesn't just hit you like in the movies. Even in the labour room, of course it's painful, but tak perlu jerit-jerit.
Drama Melayu kita perlu ubah semua tu so that we, Malaysians, can change our mindset.
To be as calm as we could.


P/s:
Ini pula tentang sokongan kepada ibu-ibu mengandung di hampir semua hospital di Malaysia.
Di UK, akan disediakan birthing ball to help naturally induce labour. Dekat Malaysia, pendekatan seumpama masih tak diamalkan. Si ibu pun menahan contraction dengan cara bersandar je dekat katil hospital, tak buat apa2.

And... if ada keluarga (orang lama-- mak/nenek/moyang) itu tak boleh, ini tak boleh.
Walhal kawan-kawan yang bersalin di UK bagitahu, obgyn and midvives akan nasihatkan duduk mencangkung, and if ada kudrat--- do the duck walk.
Kalau kat sini? Mak/nenek/moyang menjerit if tengok kita duck walk haha



Saturday, April 16, 2016

SUPPLEMENT DURING PREGNANCY


New Obimin (since second trimester)
Calcium (since second trimester)
Vitamin C (since third trimester)
Neurogain (since third trimester)

Kalau tak pregnant, punyalah liat nak makan ubat-- langsung tak pernah disiplin.
Tapi demi baby, semua supplement yang obgyn suruh consume-- tiap hari tak pernah skip. Lol

I bought VCO already. But according to my obgyn it is safer jika makan after 35 weeks of pregnancy. Katanya, takut baby distress and to avoid bersalin before you reach full-term.
Obgyn juga bagi advice jangan simply minum air selusuh or akar fatimah, again with the same reason, takut baby lemas.

Additional info:
Nasihat given by 3 doctors including my obgyn. During pregnancy, if you are down with demam, hanya Paracetamol (Panadol) yang selamat dimakan. Even to treat cramps, bisa kaki, sakit belakang, sakit pungkoq ke, Paracetamol juga jawapannya. Strictly NO Ponstan.

Untuk batuk, doc kata the safest for pregnant women is Prospan (Ivy leaves).
Selsema & Gatal2, Piriton sahaja. NO zyrtec (nampak je kecil, but harmful to your unborn child). Talk to your GP or obgyn sebelum makan apa2 ubat ya.. jangan simply beli ubat over the counter.

Thursday, April 14, 2016

MINUMLAH ENFAMAMA

So.
Two weeks ago (April 1st, 2016), my obgyn told me that my baby is slightly small (2 weeks behind her age) weighing at only 1.2kg.

She told me to drink lots of milk.
Husband and I bought Enfamama.
The milk, honestly, taste wise, hurm, not so yummy.
But, I made a pact to minum jugak -- twice a day.

This morning I went for my 31weeks ANC.
Baby is 1.75kg already!
Imagine, baby naik setengah kilo in only 2 weeks!
Happy sangat sangat!
...Doc scan and ckp "See baby pun dah tembam"
Hihi

To all expectant mothers.. Enfamama is a way to go!
I thought mitos semata.
I thought susu biasa pun ok, asalkan minum susu.
But aha! Pregnancy and lactation milk work wonders!
Cubalah yaaaaa.


Xoxo,
Yuyu

Saturday, April 9, 2016

PREGNANCY JOURNEY: ORANG KATA

Topik: Orang kata...

Orang kata tak elok beli barang baby skrg
Orang kata tak elok letak nama baby skrg
Orang kata tak elok kemas/hias bilik dia skrg

Semuanya orang kata!
Seriously, rimas.
What more if datang dari orang yang masih belum berkahwin.
Sorry.

Maybe niat baik.
Nak kongsi petua yg dia pernah dengar.
Tapi on what basis?
Apa maksud kau?
Something might happen to my unborn child?
Kenapa kena fikir negatif macamtu?
Tak boleh ke doa baik2?

Kalau ditakdirkan something bad happen sekalipun, itu semua kuasa Allah, kan?
Sebagai parents, kita tetap kena sediakan what's rudimentary.
Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
Kalau first trimester dulu, I would understand-- sbb tak elok excited awal2.
But kalau dah 7.5 bulan, mestilah dah beli barang sikit2, kemas bilik baby sikit2, fix nama baby... Takkan la dah terberanak baru buat semua tu??

Rimas tau orang kata, orang kata...
Kahwin lambat pun, orang kata jugak.
Pregnant lambat pun, orang kata jugak.
Apa benda je yang orang tak kata??
Matilah kalau hidup dengar kata orang je.


P/s: It all started when I uploaded gambar hospital bag.
Ada je orang bagi komen bodoh "Orang kata tak elok bla bla bla"
Annoying.

Friday, April 1, 2016

BIDAN PANTANG DAMANSARA & MAKANAN PANTANG

Hallooooo!
I have booked a bidan pantang aka confinement lady.
Tak sangka zaman skrg ni kena booking bidan pantang awal.
Teringat mcm zaman dulu2 kahwin, kena book MUA and photographer earlier Haha.

Since pantang 44days, nak cuba confinement lady berbeza.
They don't live in Damansara pun, but they are willing to come to Damansara.
I have shortlisted a few here:
1) Makcik Siti: 0192462086
(Urut, bengkung, boleh help with baby)
2) Makcik Timah: 0169278146
(Urut sahaja RM150)
3) Kak Ila: 0126383021
(Urut, bengkung, jaga baby, masak- 4jam sehari, RM1200 for 7 days)
4) Cik Norizan: Number dkt my mom
(Penjagaan mother & baby, tak masak- RM190 per day. Kena jemput di Shah Alam)

Yang mana menjadi pilihan kalbu?
I will write a review only selepas servis.
Takut juga if salah recommend.

Btw, I have decided untuk hari yg dah takde bidan/mom masak, beli je makanan pantang.
Untuk the first 7 days, insyaAllah my mother and in-law bantu with food.
Lepas tu pantang sendiri, I have booked a one week food prep pantang meal dkt ig tadi @thefoodministrykl ..cuba dulu seminggu. Konsep dia, food prep, so husband kena tolong campakkan bahan je dalam kuali, 5mins siap. Murah. RM150 7days.
Kalau 7 hari tu husband liat juga nak tolong, ingatkan nak order je dkt ig @pantangfoodd. Yang ni lauk dah siap masak, so mahal sikit la RM642 14days.
(Haih la berpantang bulan puasa/raya mmg redha la... Takkan nak suruh mil/mom masak sepanjang 44 hari)


Harap2 after 2-3 weeks tu dah gagah sikitlah untuk prepare easy meals sendiri.
Husband pun plan cuti 2 weeks je.
Nak taknak tak bolehlah I manjakan diri sangat.

Mmg to cut cost, even for pantang.. 7 days je amik yg bidan full package.
Lain2 ambil daily bidan urut je.
I have not decided on bidan urut for penutup pantang.
So if sesiapa tahu tukang urut yg boleh dtg rumah and the fee is less than RM100,
do share with me ya? Xx

Monday, March 28, 2016

PREGNANCY CHRONOLOGY

Suddenly rasa nak blog about my pregnancy. I am already di penghujung 6 bulan.
1hb ni dah 7 bulan genap insyaAllah.

So, since I don't write about my pregnancy journey since the very beginning, elokla tulis di sini, boleh jadi kenangan. Baca balik in the future hehe.

Part 1:
I found out that I'm pregnant when my husband and I were in Portugal
(Last holiday destination, the 10th city)
Demam, badan rasa lembik, wpun holiday pun dah tak kuasa nak jalan.
Pastu bila fikir balik, it has been 2w tak period.
My husband told me.. cuba buat pregnancy test.

So we bought one, Clearblue digital.
Lama pulak the digital hourglass tu berpusing.
So aku ni duduklah dkt toilet bowl (sbb malas nak flip the device byk kali) tgk jam agak2 2minit.
Bila tengok je--- Gravida 3+
(Laaaaaaa bahasa depa la pulak!)
Jadi kerja pulak dalam toilet tu aku google translate. Haha
Bila google, maksud Gravida = PREGNANT!


Tak tahu nak rasa apa time tu.
Sbb mmg niat nak baby as soon as habis masters, but not that soon.
Bila keluar toilet je, I told my husband "I think I'm pregnant"
Bergenang mata husband I,
"Betul ke?? Ish u jangan main2. Betul ke??"
Sebak pulak tgk dia berkolam airmata.
Maklumlah, dia mmg nak baby, but terpaksa ikut merancang sbb berkahwin dgn perempuan yg ambitious mcm aku ni. Haih la. Haha

Nak dijadikan cerita, dahlah baru tahu pregnant.
Balik tu, kitorang sesat cari jalan nak balik hotel.
Ditakdirkan, hujan lebat membasahi bumi Porto.
Sebak tgk husband yang tak tahu cara nak protect saya from the rain.
But tak boleh buat apa, sbb kami di pedestrian walk jalan besar, mmg takde tempat berteduh. Maka, sama2 lencun dibasahi hujan rahmat.
Quite a memorable moment for my husband and I :)


Part 2:
Kami pulang ke tanahair for good in November.
After dah settle sikit, we made an appointment with an obgyn.
Clearblue ckp 3+ so I assumed 3-4weeks la.
Bila scan rupanya dah nak masuk 8weeks.
Laaaa patutlah demam bagai.
Muntah sekali, but I thought sbb bau tahi kuda at one of the tourist attractions.
Alahan?
Just tak tahan bau udang kering, bau my own perfume and his (so tukar perfume la jawabnya)
Hidung tersumbat and suka tido.
Basically tu je kot alahan.

Part 3:
When I was 3m pregnant, obgyn ckp ada fibroid 5cm.
So ayat dia "U hv a fibroid. Usually this will cause miscarriage as the fibroid will push your baby"
Luckily I am a straight fwd kinda person.
So tak ambil hati pun.
I just ckp dgn husband... just tell his mother (only his mother) that I'm pregnant.
I don't want to get overly excited, semua org tahu, if jadi apa2 nanti sedih kalau org byk soal.
Kan?

Part 4:
Masuk 4 bulan dpt perkhabaran lain pulak.
This time-- placenta previa.
Partially close the laluan.
"Maybe if it stays this way, you might want to consider C-sec"
Ok thanks. For the v first time, mmg panic. Tak tipu.
However, I am extremely thankful sbb Allah izinkan I survived my first trimester.


Part 5:
Pergi 3D/4D and detail scan.
Made an appointment with a sonographer.
Session was scheduled at Pusrawi KD.
Sonographer kata, high chances that it's a girl!
Yahoooooo!
Too bad husband tak dpt football buddy. Lol

Part 6:
Nak minta second opinion pasal placenta previa tu (Dah dgr the word c-sec baru panic. HAHA)
Pergi Tropicana Medical Centre jumpa Dr. Nurhazinat.
Surprise, surprise.
Placenta dah naik (yay!)
But dia swap kedudukan dgn fibroid, but ok la.. fibroid tu tak tutup laluan pun.
Memandangkan hati gembira, my husband and I decided to continue dgn Dr. Nurhazinat.
Checkup semua sambung dgn dia.
Nak bersalin pun plan dkt Tropicana je sbb dekat dgn rumah.

***
Fast forward.. now, dah nak masuk 7months.
Tiba2 obgyn kata baby breech.
And again, frasa yg paling pantang didengar... 'mungkin kena c-sec' tu akhirnya keluar dari mulut my current obgyn.
Since my mother is a medical doctor, I asked her.
She said, "too early for ur obgyn to talk about d possibility of csec. Baru 6 bulan lebih, normal la baby breech lagi. Sbb tu saya kata, new hospitals are like that"
Ok thanks bonda, not helping at all haha.
Biasalah doktor lama, mmg sceptical sikit dgn hospital baru.
Dia suruh mintak second opinion.
(Berapa kali 2nd opinion daaaaaa)

Hujungnya skrg ni I dah jadi perempuan confuse.
Ada kawan suruh jumpa Dr Idris, Pantai.
But I taknak anak lahir di KL, nak Selangor.
(Anak kelahiran KL paham kenapa lol)
Ada kawan suruh try Dr. Ummul, Hospital Umra.
(But banyak juga review yg ckp Umra 'suka' csec. Plus Umra ada ke blood bank if ditakdirkan aku ni bleeding ke apa sbb fibroid tu? Hurm)
Or should I just proceed with Tropicana at least until 36w, and decide masa tu?
Or will it be too late to change obgyn bila dah 36w?
Eh merepek apa ni.

But anywaysss
If you any suggestions, let me know ya?
Xx

Saturday, March 19, 2016

MALAYSIA WEDDING VIDEOGRAPHER

Hallo!
Are you on a budget...?
...But do you still feel the need to have someone to at least film your special moments on your big day?

SPECIAL PROMO
(Only for MARCH - JUNE 2016 events)
RM1500 per event
RM2800 for two events
add RM600 for bloopers

Email: fadjuffa@gmail.com


SAMPLE VIDEO FOR WEDDING:
https://vimeo.com/35557271

Tuesday, March 8, 2016

I'M PREGNANT

Hello,
Lama tak update blog.
I am now 6 months pregnant.
Alhamdulillah.
Dah 6 bulan baru nak sembang. Haha

Lama plan sebab banyak komitmen.
Dah habis belajar haritu baru boleh fikir nak proses anak.
Seriously I don't care about people telling me tak elok plan and what not.

I know myself best.
Kerja saya bukan 9-5 on weekdays.
Kerja tak tentu masa, cuti tak tentu hari.
Husband pun kerja til 1-2am almost everyday.

I promised myself to obtain my journalism MA before proses anak.
I know some of you might think-- alaaa ada je kawan yg pregnant, anak 3 boleh je sambjng masters.

If they did well-- salute. They must be extremely intelligent.
If they didn't-- bukan sebab tak pandai, tapi selalunya masalah pembahagian masa, and of course coping with morning sickness, confinement, etc. Ada yang sangkut/fail, bukan sebab tak pandai, tapi faktor2 yg saya nyatakan.

Again, I know myself best.
I'm a Type A. I don't settle for 'not so bad' or 'close enough' or 'ok laaaa. at least pass'
Mengenali diri sendiri, dengan konsep ukur baju di badan sendiri-- mmg tak boleh nak bahagikan diri untuk 2-3 komitmen besar at a time.

I submitted my dissertation in August 2015.
Right after submission, baru la fikir buat baby. Huhu
My husband and I went for a long holiday, 40days to 10cities.

During our stay in Portugal, I fell ill.
Demam, lembik badan.
That's when I found out that I'm pregnant.
September, right after submission dah lekat.
Not so sure though, baby UK or baby Greece.

Seronok bila dpt tahu pregnant.
Dan paling seronok sebab dapat tahu kebesaran Allah SWT.
Honestly, Im not ashamed to tell my friends that my husband and I banyak 'mengelak'. Boleh kata....once a month je 'project' kot hahaha.
We made a pact not to use contraceptive pills, injections, so planning naturally is a way to go. During our 15-month stay in the UK, we kept ourselves busy, had fun outdoor, so balik rumah terus tido, like literally sleep. HAHAHA


But then again, semua ini kuasa tuhan.
Bila saya betul2 bersedia utk menimang cahaya mata, Dia beri.
Sayangnya Dia kepada saya.
Menunaikan permintaan dan perancangan saya.
Kawan2 ada yg ckp "You are very lucky, you get everything you want in life.. on time!"
I tell them, "I am not always lucky. I don't parade my problems and sorrows."
Itu je.


Ps: Will update about checkups, obgyn, supplement, etc in the next post!