Friday, April 22, 2016

WANITA MENGANDUNG MALAYSIA DIMANJAKAN

Tajuk merujuk kepada how Malaysian women are treated by the gov hospitals in Malaysia.
Kita sebenarnya sangat dimanjakan kerajaan.
Dan haruslah bersyukur dengan nikmat yang ada.
Budaya kita menyebabkan sensitiviti terhadap wanita mengandung sangat tinggi.
Apatah masyarakat Melayu yang melihat wanita mengandung ni macam... erm.. kasihan?

Honestly, my friends who gave birth in the UK have shared stories of their birthing experience-- takde maknanya lah hospital kerajaan nak melayan kerenah hangpa. They've been working with thousands of mothers and sambut thousands of babies every month. They just know.
In fact, dekat Malaysia ni pun obgyn tahu-- cuma kalau tak dilayan, orang kita ni senang sentap.

Di UK, semua orang, bukan sahaja foreigners, malah locals--- semua tahu yang perubatan percuma/ disubsidi harus dinikmati dengan adil, dan beri laluan kepada yang lebih memerlukan. Bukan semua orang boleh pergi ke bahagian A&E, atau di Malaysia kita panggil unit kecemasan. Ada piramid/ hierarki untuk menentukan sama ada sakit dikategorikan sebagai emergency atau tidak. Kalau asma pun, depa suruh balik. Belum lagi cerita pasal appointment dengan GP... seminggu paling awal, baru dapat jumpa doctor. Kalau demam, dah baik dah pun demam Haha. Itu pengalaman peribadi saya sendiri. Lol

Bercakap tentang ibu mengandung---
Kalau di hospital kerajaan di UK-- Rasa nak bersalin? Contraction yang teramat sakit? Dah buka 3cm? Anda akan disuruh balik rumah.
For medical practitioners, 3cm is considered nothing.
They'll ask you to go home and rest until your water breaks.
Kalau 1cm? Lagi tak dilayan.
Bukan kenapa... tapi sebab wad di hospital diperlukan untuk mereka yang lebih memerlukan.
Remember, pregnancy is not a disease.

Kalau dekat Malaysia buat macamtu...? Habis VIRAL!
Contohnya kes yang melibatkan Hospital Sg Buloh baru-baru ini.
The doctors just know--- you won't give birth just by sitting at the lounge.
You won't give birth just because you don't get a bed.
Bukan kata sejam, 4-5 jam pun belum tentu bersalin lagi.
You have choices-- to go home, to walk around or to just sit and wait.
If you want to be treated like a queen, go to private hospitals. Simple.
You can demand if you are in private hospitals because you are paying quite a sum of money.
Tapi, di hospital government-- banyak lagi kes yang mereka kena attend.
Jangan maki-maki staf hospital kerajaan tak tentu hala.
(Note: Dan tak perlulah viralkan di laman sosial)

Bagi pengamal perubatan apatah yang dah sekian lama berkhidmat di wad bersalin, ibu-ibu yang less than 3cm, they know nothing will happen within a few hours.
Unless physician realised mom has potential for rapid labour (yang jenis buka 1cm every 10-20minutes) -- kes begini pun, pun satu dalam seribu.
Selalunya, kalau dah pecah air ketuban atau dah buka 6cm, baru pesakit dibenarkan masuk wad and tunggu sampai fully dilated sebelum di bawa ke labour room.
Afterall, according to the NHS, waiting for long hours in the ward will only make mothers 'malas'-- terlantar sahaja menahan contraction and ada kes yang tak boleh buka dah sbb suasana hospital yang menyebabkan mother takut.

Malangnya di Malaysia, ramai tak faham konsep rawatan percuma di fasiliti kerajaan.
Mengapa agaknya orang kita selalu panik tak tentu hala?
Blame it on the unnecesary drama scenes!!!
Honestly, semua yang dah ada pengalaman cakap--- takde maknanya first time rasa contraction terjerit-jerit bagai. The starting pain comes slowly-- it doesn't just hit you like in the movies. Even in the labour room, of course it's painful, but tak perlu jerit-jerit.
Drama Melayu kita perlu ubah semua tu so that we, Malaysians, can change our mindset.
To be as calm as we could.


P/s:
Ini pula tentang sokongan kepada ibu-ibu mengandung di hampir semua hospital di Malaysia.
Di UK, akan disediakan birthing ball to help naturally induce labour. Dekat Malaysia, pendekatan seumpama masih tak diamalkan. Si ibu pun menahan contraction dengan cara bersandar je dekat katil hospital, tak buat apa2.

And... if ada keluarga (orang lama-- mak/nenek/moyang) itu tak boleh, ini tak boleh.
Walhal kawan-kawan yang bersalin di UK bagitahu, obgyn and midvives akan nasihatkan duduk mencangkung, and if ada kudrat--- do the duck walk.
Kalau kat sini? Mak/nenek/moyang menjerit if tengok kita duck walk haha



Saturday, April 16, 2016

SUPPLEMENT DURING PREGNANCY


New Obimin (since second trimester)
Calcium (since second trimester)
Vitamin C (since third trimester)
Neurogain (since third trimester)

Kalau tak pregnant, punyalah liat nak makan ubat-- langsung tak pernah disiplin.
Tapi demi baby, semua supplement yang obgyn suruh consume-- tiap hari tak pernah skip. Lol

I bought VCO already. But according to my obgyn it is safer jika makan after 35 weeks of pregnancy. Katanya, takut baby distress and to avoid bersalin before you reach full-term.
Obgyn juga bagi advice jangan simply minum air selusuh or akar fatimah, again with the same reason, takut baby lemas.

Additional info:
Nasihat given by 3 doctors including my obgyn. During pregnancy, if you are down with demam, hanya Paracetamol (Panadol) yang selamat dimakan. Even to treat cramps, bisa kaki, sakit belakang, sakit pungkoq ke, Paracetamol juga jawapannya. Strictly NO Ponstan.

Untuk batuk, doc kata the safest for pregnant women is Prospan (Ivy leaves).
Selsema & Gatal2, Piriton sahaja. NO zyrtec (nampak je kecil, but harmful to your unborn child). Talk to your GP or obgyn sebelum makan apa2 ubat ya.. jangan simply beli ubat over the counter.

Thursday, April 14, 2016

MINUMLAH ENFAMAMA

So.
Two weeks ago (April 1st, 2016), my obgyn told me that my baby is slightly small (2 weeks behind her age) weighing at only 1.2kg.

She told me to drink lots of milk.
Husband and I bought Enfamama.
The milk, honestly, taste wise, hurm, not so yummy.
But, I made a pact to minum jugak -- twice a day.

This morning I went for my 31weeks ANC.
Baby is 1.75kg already!
Imagine, baby naik setengah kilo in only 2 weeks!
Happy sangat sangat!
...Doc scan and ckp "See baby pun dah tembam"
Hihi

To all expectant mothers.. Enfamama is a way to go!
I thought mitos semata.
I thought susu biasa pun ok, asalkan minum susu.
But aha! Pregnancy and lactation milk work wonders!
Cubalah yaaaaa.


Xoxo,
Yuyu

Saturday, April 9, 2016

PREGNANCY JOURNEY: ORANG KATA

Topik: Orang kata...

Orang kata tak elok beli barang baby skrg
Orang kata tak elok letak nama baby skrg
Orang kata tak elok kemas/hias bilik dia skrg

Semuanya orang kata!
Seriously, rimas.
What more if datang dari orang yang masih belum berkahwin.
Sorry.

Maybe niat baik.
Nak kongsi petua yg dia pernah dengar.
Tapi on what basis?
Apa maksud kau?
Something might happen to my unborn child?
Kenapa kena fikir negatif macamtu?
Tak boleh ke doa baik2?

Kalau ditakdirkan something bad happen sekalipun, itu semua kuasa Allah, kan?
Sebagai parents, kita tetap kena sediakan what's rudimentary.
Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
Kalau first trimester dulu, I would understand-- sbb tak elok excited awal2.
But kalau dah 7.5 bulan, mestilah dah beli barang sikit2, kemas bilik baby sikit2, fix nama baby... Takkan la dah terberanak baru buat semua tu??

Rimas tau orang kata, orang kata...
Kahwin lambat pun, orang kata jugak.
Pregnant lambat pun, orang kata jugak.
Apa benda je yang orang tak kata??
Matilah kalau hidup dengar kata orang je.


P/s: It all started when I uploaded gambar hospital bag.
Ada je orang bagi komen bodoh "Orang kata tak elok bla bla bla"
Annoying.

Friday, April 1, 2016

BIDAN PANTANG DAMANSARA & MAKANAN PANTANG

Hallooooo!
I have booked a bidan pantang aka confinement lady.
Tak sangka zaman skrg ni kena booking bidan pantang awal.
Teringat mcm zaman dulu2 kahwin, kena book MUA and photographer earlier Haha.

Since pantang 44days, nak cuba confinement lady berbeza.
They don't live in Damansara pun, but they are willing to come to Damansara.
I have shortlisted a few here:
1) Makcik Siti: 0192462086
(Urut, bengkung, boleh help with baby)
2) Makcik Timah: 0169278146
(Urut sahaja RM150)
3) Kak Ila: 0126383021
(Urut, bengkung, jaga baby, masak- 4jam sehari, RM1200 for 7 days)
4) Cik Norizan: Number dkt my mom
(Penjagaan mother & baby, tak masak- RM190 per day. Kena jemput di Shah Alam)

Yang mana menjadi pilihan kalbu?
I will write a review only selepas servis.
Takut juga if salah recommend.

Btw, I have decided untuk hari yg dah takde bidan/mom masak, beli je makanan pantang.
Untuk the first 7 days, insyaAllah my mother and in-law bantu with food.
Lepas tu pantang sendiri, I have booked a one week food prep pantang meal dkt ig tadi @thefoodministrykl ..cuba dulu seminggu. Konsep dia, food prep, so husband kena tolong campakkan bahan je dalam kuali, 5mins siap. Murah. RM150 7days.
Kalau 7 hari tu husband liat juga nak tolong, ingatkan nak order je dkt ig @pantangfoodd. Yang ni lauk dah siap masak, so mahal sikit la RM642 14days.
(Haih la berpantang bulan puasa/raya mmg redha la... Takkan nak suruh mil/mom masak sepanjang 44 hari)


Harap2 after 2-3 weeks tu dah gagah sikitlah untuk prepare easy meals sendiri.
Husband pun plan cuti 2 weeks je.
Nak taknak tak bolehlah I manjakan diri sangat.

Mmg to cut cost, even for pantang.. 7 days je amik yg bidan full package.
Lain2 ambil daily bidan urut je.
I have not decided on bidan urut for penutup pantang.
So if sesiapa tahu tukang urut yg boleh dtg rumah and the fee is less than RM100,
do share with me ya? Xx