Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

MAID OF HONOR: teman setia & penyimpan rahsia.

Menjadi seorang pengapit or MAID OF HONOR bukan mudah seperti yang disangka. MAID OF HONOR selalunya kawan yang rapat. tugas MAID OF HONOR bukan setakat tolong kipas atas pelamin, malah TANGGUNGJAWAB lebih daripada itu. seorang kawan yang betul2 IKHLAS sahaja layak bergelar MAID OF HONOR . ciri utama KENA PANDAI SIMPAN RAHSIA. MAID OF HONOR selalunya tahu 90% of the preparation, malah if si pengantin terlalu percayakan si MAID OF HONOR, dia even akan bagitau surprise or any gimmick. dan juga beberapa perkara jika tidak diberitahu dengan cara berkias atau berdolak-dalik oleh bride kepada si MAID OF HONOR bermaksudkan bride tu taknak berkongsi. maka, jangan mengorek dan mengkaji. jadi, kalau nak jadi MAID OF HONOR, renungkan beberapa perkara ni.

1) PREPARATION:

a) bila bride tgh deal dengan vendors, let her be. biar dia discuss apa yang dia nak, jangan interrupt. beri pandangan bila diperlukan sahaja. toksah nak sibuk mencelah sbb kadang2 might annoy kawan baik anda iaitu THE BRIDE. nak tahu kenapa?
kadang-kadang bride taknakla share berapa budget dia sekalipun dengan bridesmaid. sbb tu la jangan kacau. ketahui tugas anda secara tepat.

b) jangan mudah ambil hati. tang preparation, bride sangat busy. kadang2 terkalut, tersuruh itu ini, fahamilah.. bukan niat. tapi itulah yg dinamakan cold feet. kekadang MAID OF HONOR tempat luahkan perasaan, jangan hang dok pi canang pulak!

c) ada bride tak suka share siapa vendors dia. sebabbbb kadang2 ada org beli time sale ke, kat outlet ke, so tak semestinya dia nak share; ada sbb2 tertentu kenapa dia tak share. contohnya bride yang ada kawan2 and makcik2 mulut puaka. so contohnya anda di bawa ke warehouse sale gucci, contohnya. sudah tentu sewaktu bershopping bride-bridesmaid, kamu berdua tau... nak carik barang murah kan? bila dapat dari rm4000 jadik rm2000 jek. tak ke best dikala itu??? tapi INGAT, sebagai MAID OF HONOR yang meneman, zip kan mulut. tak perlu la kau cakap kat kawan lain "alaaaa aku teman dia aritu, beli kat warehouse sale 50%!!! murah je!" TAK PERLU!!!

d) si bride jumpa satu tempat tempah barang yang murah dan berkualiti di ceruk2 alam. MAID OF HONOR of course pegi teman bride. so sebagai MAID OF HONOR, bila bride tu tempah di tempat tersembunyi dan takmau orang tau, dengan cara diam2 tak mahu ditanya atau bride cuba berdolak-dalik FAHAM THE SIGNAL!!! maksudnya bride tu taknak share! (mungkin sbb bila commercial takut harga naik). anda tidak perlu mencari, mengorek dn kemudian pergi bagitau kawan lain. KECUALI, bride tu sendiri nak bagitau dan nak share. let the bride talk, or ask your friends to ask the bride themselves. MAID OF HONOR jangan jadi informer.

f) jangan opportunist.




2) THE DAY

a) it's her day. jadi MAID OF HONOR jangan lawan toke pulak. bukannya bride berdengki, but it's her day afterall. benar, MAID OF HONOR pun kena kelihatan cantik tapi janganlah sampai tetamu tak kenal yang mana satu pengantin perempuan.

b) jangan rasa kecil hati. kadang2 bride ni tengah kalut+nervous. di mintak panggilkan ahli keluarga atau amik kasut contohnya, jangan ambil hati, just for a day pun. itu tugas MAID OF HONOR HATI KENA IKHLAS.

c) MAID OF HONOR kena ada bersama bride sentiasa. if rasa tak sanggup, jangan volunteer / say yes waktu mula2. janganlah pulak bride kat dalam tu tengah bersiap, time tu la anda mahu keluar masuk. ataupun, bersembang kat luar selama sejam!!! bride mungkin perlukan bantuan anda.

d) MAID OF HONOR walaupun bukan ahli keluarga sedarah, tapi waktu hari perkahwinan kena jadi tuan rumah. maksudnya, waktu kenduri layan tetamu sampai majlis selesai bukannya melantak bersama2.

e) waktu salin baju utk majlis potong kek contohnya, atau waktu makeup sebelum majlis. ada dialog dan perkara2 yg akan jadi antara bride & groom. pekakkan telinga. if dengar, simpan rahsia. :)

ada beza BRIDESMAID n MAID OF HONOR.
BRIDESMAIDS PENYERI MAJLIS.
MAID OF HONOR BESAR TANGGUNGJAWABNYA.

Saturday, May 1, 2010

10 PERKARA PERSIAPAN TUNANG #3

....sambungan
entry ini lebih kepada persiapan 'behind the scene' hati dan perasaan...

7) Time:
-yeah time! jangan ambil mudah....make sure u have siapkan 100% checklist 3 days before event.make a copy for your MOST TRUSTED buddy; take note bukan ahli keluarga ye? coz they are family members, dah biasa ngn kita for 20 over years, family members dont really prioritize perfection; asalkan ada and kerja dorg senang, contoh ayat...
"ala, ok lah tu. tak ksah punye!"
-while kawan BAIK (yg benar2 baik berhati ikhlas ya?)nak eveything goes according to yang diraikan punya plan; and we can say a little this and that.
-masa tidur harus cukup, nasib makeup artist saye hebat, kalau tak nescaya nampak mata panda ni. if gubah bunga; fresh flowers in an air conditioned room, boleh gubah dari tengah malam. toksah beria bangun subuh nak gubah. tapi kalau takde aircon sila guba 5 house before event. imagine that????? ok, suurh org lain buat!


8) Family:
-Ketika inilah kita kena banyak bersabar terutamanya dengan parents. yes, dorg nak yg terbaik for their daughter tapi perlu ke membazir??? waktu saya tunang, saye kecewa dgn pembaziran mak saya yg pada saya we can use the money for something else,eg: or topup that amount i can buat baju Jovian Mandagie. hahah sama membazir jek bunyinya! ANYWAY, aku ni puaslah cheapskate sbb taknak susahkan dorg, dorg plak yg membazir.
-elakkan daripada memendam, tell them if ada benda yg korg tak suka.. ya, nicely. Family adalah org yg paling rapat ngn kita since baby, so apabila penat diorang membantu dan mengluarkan peluh dan duit jgn lupa the 2 little words; THANK YOU.

9) Friends:
-Ya, sometimes kawan can be a major pain in the ass. before i tunang ade jek yg sibuk nak tau apa i buat for my tunang... bila i cerita, langsung tak supportive. take note, ada unsur2 kedengkian. trust me,
a) spesis kawan yg sangat ikhlas nak semua berjalan lancar, willing to help in wuteva ways, and tumpang happy for us.
b) ada spesis yang beri pandangan; but pandangan dia berniat busuk. hati kita akan berkata,"betul ke dia ni?kenapa tak pilih yg aku rasa cantik ni? TRUST UR OWN INSTINCT yes, ada spesis kawan baik tapi u know dia 'somewhat' afraid if we put a benchmark nanti bile majlis dia org compare with ours. (kedengaran poyo but it's true)
c) ada kawan opportunist. juga selfish... kita sepatutnya jadi main attraction, dia pun nak sibuk. org kasi tetamu makan dulu, dia patut jadi ala tuan rumah,... tapi dia melantak dulu!
d) ada juga kawan yang cuba nampakkan keburukan org yg diraikan, (NTAHLAH KENAPA) at the same time UP kebaikan diri sendiri eg:
"ala, bukan mahal pun.. dia beli barang sale!"
"sebenarnya i yang buat itu ini"
"dia ni biase2 je... takdela seberapa mana"
" sebenarnya... dot dot dot dot dot"
**taktik buat2 tak sengaja/ terlepas cakap, padahal mmg SENGAJA! busuk hati namanya.

10) Mental:
-tetapkan apa yang kita mahu. jangan goyah dek kate si joyah dan si peah. lantaklah depa, kita tak pakai duit depa pun. majlis tunang sekali je, bukan 3 kali... jadi lantaklah si polan nak cakap apa sbb kepuasan tu ada dalam diri masing2.
- ada org berpuas hati dapat cincin belah rotan tanpa kenduri bagai, itu hak dia. begitu jugak ada org spend byk sbb nak meriah bagai, itu pun hak dia. kesimpulannya, happy lah untuk org lain, tuhan akan kurniakan kebahagiaa utk kita pulak.
-janganlah berdengki, tuhan akan kurniakan beri balasan bila tiba majlis kamu nanti. bersihkan hati, bersyukur pada diri sendiri dan keluarga ada... juga bersyukur utk org lain. insyaAllah semua bahagia.


semoga semua 10 tips ni bermanfaat
HAPPY HAPPY SELALU!



Friday, April 30, 2010

10 PERKARA PERSIAPAN TUNANG #2

... sambungan...

4) Make-up

saya di make-up kak liza (b.saidatul nisa). mmg benarla kata beberapa rakan bloggers,
make-upnya sgtlah cantik. langsung tak cakey. tahan lama dan simple. takdela over the top macam nak buat show dragqueen. so saya sgt sgt berpuas hati with my make-up. and of course my hair! ade make-up artist makeup nya meletops tapi tang rambut kurang seidikit sbb biase makeup bride bertudung yg comel2 . eg: seindah wajah makeup mmg superb! tapi tang rambut harus diperbaiki, mungkin dia lebih expert bab bride bertudung. kawan saye yg bertudung amik dia, mmg superb!

ps: akan buat entry khas pasal make-up

Price: RM600

5) Deco

Theweddingheaven. As the co-owner, saya tak rasa ia membazir. saya berpuas hati mempunyai deco pelamin, deco rumah, outdoor etc... mungkin ada yg menganggap pembaziran but again, back to kemampuan. saya pun buat ape termampu je, takde la over the top. simple je ala kadar. kepada siapa yg mampu buat grand, sila buat, saya tumpang happy! weeeehooooooo! ye la, mungkin ada org rasa membazir je, tapi ade org mampu.. parents millionaire bagai. setakat 50k untuk tunang dorg rasa celah gigi jek. huhu apa salahnye~ saye yg sederhana tumpang gembira je la.. kan? yeehaAaa! sesungguhnya saya suka tgk benda yg cantik n tak pernah rasa bazir tho it lasts like... only 4 hours? ;)

price: approximately rm2500 for all deco int. and ext.

6) Hantaran

didnt plan to hv most of 'em... sireh junjung sbb FMIL yg request. chocolate patchi mmg fiance nak kasi (sila beli kat bangsar jln maarof, reccomended!) chocolate yg i kasi dia sbb i fell in love with butler's when i visited bestie in dublin she bought for me waktu balik msia.

gucci mmg saya nak bagi kat my bf, sadly the one i fell in love with utk beli for him for him wasn't on sale, sedih tapi bak kate my mum nak kasi org present janagn berkira. speeedy 30 itu pula lagila drama. asalnya nak beli gucci ladies wed,guccisima leather. ok ini drama nye... it was on sale 'sepatutnye. ya, it was on the discounted items rack, 50% ok??? --- boxing day. i was soooooooooo happy sbb harga jadik les than RM2000 kot!!! murah gile kot!! tibe2 i dah kat counter the SA kate it's not on sale. can u believe her???!!! i think she's racist and wanted to reserve the bag for her friend. stupid! kalau ikut law kita bayar the price as displayed kan? malas nak gaduh panjang, i lupakan jek niat nak beli beg itu.i called mother, sedih. so when i was in london mum called and ask how much harga bag yg i nak. i found this bag at gucci and it's 356pounds, my mum cakap might as well beli lv. and itulah kisah wujudnya si speedy30 itu, sbb my mum suruh (hahaha quote mak nampak, padahal sendiri pun mau).

perfume pula mmg mak collector annick goutal saye ni ade 3 botol jek so tak consider collector sbb suke cuba perfume other brand; ye again, it wasnt on sale. everything yg saye nak tak sale!! saye rase it's a waste pegi london (takdela waste sgt sbb good bargain la compared to malaysia tax bergunung!) but alhamdulillah rezeki en tunang, his hacket was on sale! 69euros jek! harga asal 89euros tak silap. perfume encik tunang sgt wangi hasil en bestie, sgt reccomended for those yg masih tercari2 perfume utk hantaran for ur man.


kek pink yg comel tu pula last minute. tapi sgt comel dan sedap kate FMIL. cupcakes hantaran di tempah di wondermilk. songket pula ditempah tenun tangan di terengganu (again, kerja tingtong mak saya flew there balik hari for the songket) lace hantaran pula di gulati's, but the chiffon dari binwani's curve. ye, utk buat baju nikah jadi takla bazir kan? ;) strawberries saye beli on e-day itself! HAHAHAHA crazy, pukul 2pm baru teringat ok, lupe beli the strawberries??

price: malas nak kira...


.....bersambung

Monday, April 26, 2010

10 PEKARA PERSIAPAN TUNANG

hai. kerana saya dah bertunang jadi i think it's good to kongsi a lil this and that.


1) Food & Canopy:

Suri Catering.Makanan sgt sgt lah penting ye sbb kita menjamu tetamu. Makanan sangat sedap with cold drinks. My mother tambah hot drinks, mixed fruits and kuih. Secara tepatnya, we actually invited 40org je. but pahamlah with partners etc, 60org datang. So remember, it's very very advisable to double up the food waktu tempah.

Canopy pula memandangkan tema adalah putih pink, saya ,memilih all white utk canpy sbb saya sedar bila peri byk majlis yg tema pink, pink dia adalah pink yg... erk...ntahlah nk cakpa camne but tak cantik, jarang nak jumpe baby pink. so kitorang amik Arabian Canopy, underlayer, scallop, sheer curtain, banquet chairs with sarung, round tables, fairy lights.

price: RM2600 termasuk transportation

2) Photographer:

Tedroz. Orangnya sgt baik walaupun suke gelakkan saya kerana melihat kekepohan saya. Saya suke gambar2 dia and the way dia edit, sgt cantik. untuk bertunang, sgt recommended. Dengan kualiti gambar yg cantik and juga extra yg dia bagi; PHOTO MONTAGE! free ok???! hahahaha tidak dinafikan, dia bukanlah Syahrin Aziz, FAd Manaf etc.. mereka mmg hebat. tapi Tedroz pun bagus. ;)

price: RM850 with album (i know! murah kan??) --- saya bayar sendiri

pssst:saya ni bukan gaji besar mana takleh lavish, saya bukan mak saya yang hebat dan berjaya. (juga baik hati) ade beberapa perkara saya offer untuk bayar tho mak saya tak bagi. honestly, ada satu perasaan bangga dapat bayar guna duit gaji sendri (kan??) tho i know my parents tak hadap duit gaji i yg berganda-ganda ciput ni... diorg kesian kat i kot.

3) Baju & Veil

Pada mulanya saya decide nak amik Unaisah Azlan (again, remember gaji ciput? haha) tapi tiba-tiba orang tua yg baik hati itu suruh saya ke Rizman Ruzaini. sedih sbb terpaksa forgone Unaisah tapi happy sbb dapat baju RR. Mak tercinta ada jugak ckp dia suke tgk baju2 rizalman saya pura-pura takmau (dlm hati mau sebenarnya! HAHAH tapi sbb taknak bebankan dia. beban ke? sebenarnya saya rasa melampau la tunang nak send to rizalman.jadik cheapskate kan aku ni?! actually, dah kerja baru tau nilai duit) anyway, kerana Uniasah sgt baik hati, saya buat veil kat dia. serious cantik pls! saya suke!

price: sila tanye dorg, price differ depends on material... :)


....BERSAMBUNG

(macam drama bersiri pulak kan?)


Wednesday, December 9, 2009

WEDDING SPY!

Cewah! konon jek i punye title tu. totally spies sgt kan? but anyway, being an obsess bride to be i suke E-MAIL / CALL/ MEET UP this and that fella/vendor. tujuannya untuk survey, u know... it's our money, our day-- we sure want the best kan??!

So today, sbg 'bridespy' (ceeeehhh! ;p) i nak reveal all contacts yg i dah mail/call/jumpe... please share your thoughts too.i'll be glad to hear from you. ecececeh! (tiba-tiba rasa this spying thing macam bang2 bang boom/wakenabeb etc...ala-ala nasib kau la kau taktau aku akan reveal benda ni kan? u people deserve these comments be it good or bad for your own attitude.)
**segala keputusan yang saya buat adalah my own judgment. smue orang ada own preference kan? just my 2 cents)

+++MAILED/ CALLED+++

canopy/caterer:
1) Khareyan events: prompt reply. sangat professional. a bit pricey but they have real good service. if you have lots of $ go for them.
2) Suri catering: 2 times e-mail dorg baru reply.... but felt better when i called dorg terus buat quotation and mailed me that point of time jugak.
3) NSJ events: sampai ke sudah tak reply. mungkin dorang layan through phone calls je kot.
4) Rassweddings: seriously dissapointing. i siap kira ok---- 2kali email, 2kali call, lebih 7 sms--- everytime kak suhaila to promise to hantar quotation but sampai ke sudah tak hantar. dah sebulan kot!
5) Belanga Catering: Datin tu baik tapi ala2 confuse sikit... blur jek. sampai sekarang tak hantar quotation. 3 kali remind her, tak hantar jugak.frustrating.
6) Izzah Catering: murah tapi tak convincing. mintak itu ini, semue bende kene check and call later. PR tak cukup hebat.

DECISION: SURI CATERING

designer/dressmaker:
1) Nik Erwan Roseli: reply mail yang ramah dan juga menjawab panggilan phone dengan ramah. harga berpatutan. kualiti sila tanye yang pernah mencuba.
2) Arma Couture: ramah ketika i buat phone call tapi harga tak sesuai dengan mereka yang baru bertapak. lagi mahal dari nik erwan roseli ok? jauh lebih mahal!
3) Rizman Ruzaini: e-mail dijawab ringkas tapi menjawab soalan. panggilan telefon dijawab dengan ramah. good service, ask me to call em up and go their boutique in cheras to discuss. mummy X wants me to buat baju with them but my heart jatuh cinta with unaisah.
4) Unaisah: yes unaisah. i tak kenal dia, macam mana muka dia dan benar2 kualiti dia menjahit camane. tapi hati i sejuk coz she's really kind and polite replying every single mail i sent to her with good advises.
5) Aznizam Yusof: reply yang ringkas dan menjawab soalan.
6) Syaiful Baharim: tak reply langsung. mungkin suka deal through telephone or teros to his boutique kot.
7) Zery Zamry: replied my mail and bagitau price range. ask me to call him for further discussion.

DECISION: (undecided) my choice- UNAISAH / Mummy's choice- RIZMANRUZAINI/ good friends choice- NIK ERWAN ROSELI

photographer:
1) ted: paling baik. saya suka.
2) syahrin aziz: langsung tak reply my mail. maybe dia jenis suka org call kot.
3) jangguttouch: replied. tapi wajib amik package.
4) pretty peektures: yang ini lawak ok??! waktu i mail pakai email ngokngek i, dia siap perli i macamla i ni orang takde duit. when i email with my official mail (biase2 je, tak seberapa) terus ramah nak mampos ok??! i terus tak layan. lantak hang.
5) jay ismail: mestila dia layan saya. saya cousin dia ;)

DECISION: TED

+++JUMPA (misc.)+++
***take note--- saya pakai no brand t-shirt,no brand denim,slippers (yes!slippers ok?!) and tak make-up ;) saje buat begitu. handbag juga yg cikai. Mr. X juga diarah selekeh.
1) Fidz Collection: budak2 dia takde PR skill yg bagus but mata i senang memandang hasil2 kerja dorang.... cantik2.
2) Arma Couture (waktu pameran pengantin kat shah alam): good. walaupon saya selekeh dia masih melayan soalan2 saya. waktu call ramah tapi tekejut dengar harganya but bila jumpe actually can nego.
2) N'flair: kak nora pondan tu serious pandang luaran org. OMG!!! i pegang this one baju, i tanye "berapa ya tempah macam ni?" she said..."yang tu kalau tempah mahal, 900! kat sini yang tu paling murah!" (then dia pandang atas bawah) goddddddddd gile pandang rendah just becoz saye tak bawa any of my high-end handbag dat day and didnt walk w 4inches heels? oh here you go nyah, now let the world knows how bad your service. harus lingkup pasni.
3) Butik Saidatul Nisa: dapat layanan yang baik dan simple. tak sombong. walaupun saya berpakaian cikai, Liza melayan saya dengan baik walaupon ade customer who came in later yang lebih diva. first come first serve.
4) Feena beautytouch: budak ni buat make-up. tak famous pun, but i saje2 je suruh dia makeup mengabiskan duit i. baik budaknya harga pun ok. tapi dia kena improve skill buat rambut.
5) Jakel: Layan saya dengan tak pasti.
6) Binwani's: Melayan saya dengan baik tapi malangnya takde pilihan yang berkenan di hati saya.
7) Euro Moda: sangat baik layanannya. angkat gulung kain tu sana sini. I duduk atas sofa je arah2 (*note that saya comot dan selekeh ya?) but due to the kegigihan, the next day i datang again (well dressed la kan? SA tu still igt i and menyambut dengan lebih mesra; dia ada instinct i datang to buy kot...) with Mummy X and bought the pure white solstiss french lace ;) ***nanti saya amik picture share with you girls k?

---PENGAJARAN---
*Life is like a wheel.... jangan sombong wahai entrepreneurs. Mungkin sekarang anda famous, who knows one day you'll be begging for jobs. kan?
*Be professional. kindly treat everybody equally.
*Don't judge a book by it's cover. tak semestinya yang selekeh itu tidak berduit dan tak semestinya yang melaram itu banyak duit. Sekalipun the person datang comot dan selekeh layanlah sewajarnya. jangan memperlekehkan orang. jangan sesekali memandang rendah kepada orang lain. (saya pun ala kadar je, tapi sebagai manusia tak wajar diperlekehkan)

friendly reminder: none of you have to agree with me, but whoever hv the same (or not the same) experience with the same vendor, please share.

Sekian, terima kasih.