Wednesday, September 25, 2013

OMBAK STEAMBOAT , KOTA DAMANSARA - TERBAIK

Kalau anda takde idea nak makan kat mana lepas balik kerja atau hujung minggu dengan keluarga, or untuk gathering bersama kawan sepejabat, kawan uni, kawan sekolah ke..head to Ombak Steamboat!

Pertama kali saya cuba Ombak Steamboat adalah 2 bulan lalu, lepas tu mmg dah jadi regular customer (dah lebih 10kali dinner kat Ombak i think within 2 months) hehe mestilah sebab sedap dan sgt berbaloi! Lepastu sakan saya pergi ajak husband, kawan2 sekolah dan krew. Semua yg pegi mesti puas hati!

Berkonsepkan EAT ALL YOU CAN, mmg benarlah dari air, dessert, main course, sampailah ke steamboat dan panggang! Semua ada! Restoran ni sgt selesa. Dua tingkat ye. (sesuai jugak buat bridal shower/ baby shower). Ambience wise sgt cozy.Lagu whitney houston, oldies...chill je. Tak panas, tak bingit.

Semalam, setelah banyak kali makan di Ombak, saya berkesempatan berjumpa pemiliknya. Saya bangga orang melayu kita buka perniagaan steamboat, sbb biasanya perniagaan jenis ini dimonopoli kaum C. Pemilik, Kak Hawa, orang Terengganu..mmg baik dan sangat ramah. Patutlah selain steamboat, hidangan ada elemen pantai timur, termasuk dessert paling sedap, pengat pisang!

Kalau cakap pasal steamboat mestila favourite i udang dan ketam! Makanlah selagi tak kenyang, lepastu i suka ambik daging, i panggang dgn cili padi (kreatif la konon)... Seronok kalau dgn kawan2, mcm main masak2. Main course dia yg dah siap masak selalunya nasi goreng kampung, bihun goreng, mee, kuey tiaw and chicken wings.. mmg terbaik!

Lepas kenyang, kalau ada pengat pisang itu mmg hari bertuah anda. Tapi kalau haritu takde hidang pengat, ada juga bubur kacang. dan....aiskrim! Yeeeee satu peti. Free flow. Suka hati nak ambik banyak mana. Tapi igt ye, jgn tamak.

Harga? Sangat berpatutan:
Adult: RM29nett
Kids : RM12nett
(takde tax uols!! )

Camana nak pergi sana? Set dkt gps atau google maps.
27, Jalan PJU 5/20E, Kota Damansara
Buka 3pm- 12 tgh malam

Kalau sempat ke sana if depa tanya mana dpt tau psl the place, ckp je baca dkt blog NURULHUDA (yuyu) News TV3 :))

Ps: Siapa dah pegi? Angkat tangan! Hehe do share ur experience here! :)

Restoran Ombak yang tersergam indah dengan harga berpatutan

The huge spread of seafood and other source of proteins, carbs and vegetables :)

Main course: Variety fried carbs ;)

My fav! Pastinya udang dan daging yang diletak butter & cili padi

Pengat pisang kegemaran!

Last week dgn childhood friends! They came all the way from Gombak. Ala 20mins drive je ke Kota Damansara

On another note, saya dah potong rambut! Kelmarin pertama kali bersiaran Buletin Utama dengan rambut pendek :))

Rindu juga rambut panjang. Tapi demi kerja saya potong juga rambut (nampak fresh n muda sikit katanya) Jangan lupa tonton mana-mana slot berita TV3 pada 1 Oktober ye? Mungkin ada kejutan? :))
Love, hugs and kisses

4 comments:

  1. ni yang nak peg blk koje ni..hehe..thanx dear~
    p/s:nice hair cut!

    ReplyDelete
  2. lisa: from IBM 5mins je kan? u should go dear!
    izzah: mesti pergi dinner kat sana...best!
    btw thank you :))

    ReplyDelete
  3. wah macam menarik je..boleh ajak family makan sini.. tq for ur info..

    ReplyDelete