Wednesday, February 5, 2014

DO NOT UNDERESTIMATE THE POWER OF MEDIA (JOURNALISTS)

by: Nurulhuda Abd Aziz
Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3

Assalamualaikum,
Saya dan rakan-rakan biasa hadapi situasi aneh oleh golongan yang memandang seorang terhadap tugasan sebagai wartawan.

Tahukah anda, kala ini wartawan bukan lagi golongan yang berkelulusan SPM, sebaliknya mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda? 

Tahukah anda wartawan boleh pengaruhi pentadbiran dan bentuk agenda. We make people believe what we want them to believe.

Tahukah anda, wartawan boleh membantu anda dalam masalah setempat mahupun masalah di peringkat nasional?

Tahulah anda, we don't need official letter most the time, with just a click, a single phone call, insyaAllah we will get information we want from any chairman, managing director, ceo, and even several ministers :)

Sepanjang bertugas sebagai wartawan i pride myself for being able to help people from all walks of life.

1) 90 sijil kelahiran untuk anak-anak jalanan:
Syukur. Hanya hubungi KP Jabatan pendaftaran dan pejabat menteri, masalah yang membelenggu komuniti itu selama 20tahun, selesai dalam tempoh 2 minggu :)

2) Pembatalan penutupan Pasar TTDI:
Penjaja ditindas golongan mewah yang baru bertapak di situ. Pada hari sama saya berjumpa penjaja, saya sms datuk bandar KL utk dapatkan penyelesaian. Syukur, pasar itu dapat terus beroperasi. Don't underestimate us, even tons of letters sent by residents n penjaja tak menjamun penyelesaian. sms from a journalist convinced dbkl.

3) Ibu 3 anak merempat di ibu kota:
Saya ketahui isu ini apabila ke PPR yang terletak di Bangsar, ibu bekerja di A&W PJ, dan terpaksa tinggalkan tiga orang anak tidur di surau selepas dihalau keluar oleh suami. Saya hubungi Menteri Wanita ketika itu, dalam tempoh 5 hari permohonan keluarga itu untuk mendapatkan rumah PPR diluluskan. Sedangkan 3 bulan memohon di pejabat berkaitan, tidak diendahkan.

4) Bekalan air di Jinjang Utara
Rumah panjang dihuni golongan berpendapatan rendah, tiada air selama 3 bulan. Saya pergi menjengah, dan menyiarkan laporan pada 26hb... 27hb saliran di situ sudah dibaiki dewan bandaraya, sedangkan sebelum ini, tiada tindakan.

5) ...dan lain2 masalah--mintak nak apply tekun, anak nak masuk mrsm, nak skim rumah pr1ma... kalau ada urgency wartawan sedia membantu untuk ketengahkan isu.

Jadi,
Dalam semua penyelesaian itu saya tidak dapat apa-apa kecuali kepuasan sebab dapt bantu orang yang memerlukan. Bukannya saya dpt sijil lahir extra,bukannya saya dpt tapak pasar malam, and tak dapat pun rumah sebiji dua. Semuanya kerana tugas, dan rasa tanggungjawab NAK TOLONG ORANG.

Ingat,
Jangan pandang rendah tugas wartawan. You might need us one day
Wartawan adalah mata dan telinga masyarakat. Solution is just a phone call away



3 comments: