Friday, May 23, 2014

PASCASISWAZAH MARA 2014 PART 1

Salam,
Saya kongsi pengalaman saya untuk Skim Pascasiswazah MARA 2014 :)

1) MOHON UNIVERSITI

Ya, walaupun MARA masih belum buka permohonan, mohon universiti dulu. saya apply semuanya sendiri, tak pakai agent. Agent percuma, tapi nanti lebih sudu daripada kuah. Next, aim for top100 universities. Send your application to a few institutions, probably 5 universities..? so you always have backup plans :) 

Cara-caranya, lengkapkan dokumen ini sebelum memohon. Yes, LENGKAPKAN. (Jangan tercicir walau satu pun, so you can submit application dgn tenang. If not kalau tak lengkap, kena save & complete later--jangan bawa budaya suka tangguh.) So ini CHECKLIST nya:
a) Academic transcript
b) CV
c) Personal Statement
d) Recomendation letter 
- lecturer 1
- lecturer 2
- employer 1 (back up)
(Cari referee who knows you in person and yang rajin check email sbb uni akan email them for validation)
e) English proficiency evidence 
-IELTS
-GCE-O SPM
- a letter from Hal Ehwal Akademik universiti masing2. 
(Depa akan indicate that all your lessons and assesments sepanjang pengajian conducted in English)
f) Passport copy

Siap SEMUA, baru submit permohonan. Tunggu dapat surat tawaran bersyarat (conditional offer)... then persuade the admission to grant you the unconditional offer :) In my case, I am lucky dpt waiver for IELTS from Sheffield, Sussex, RHUL, Leeds, Cardiff... Huhu jimat duit RM660.



2) MOHON MARA

Lazimnya, MARA akan buka permohonan bulan Februari atau Mac. Syarat kelayakan:
a) Bidang bukan teknikal
- CGPA 3.5 ke atas
b) Bidang teknikal/ kursus profesional
- CGPA 3.0 ke atas

You are at advantage jika sudah ada pengalaman bekerja dan surat tawaran daripada universiti ulung dunia :)

Ketika mohon checklist saya:
- Bidang Bukan Teknikal: Media
- CGPA: 3.89
- Pengalaman bekerja: 6 tahun
- Surat Tawaran: dah ada from 5 universities :)

Semua memenuhi syarat. Alhamdulillah.


3) PANGGILAN TEMUDUGA & PSYCHOMETRIC TEST

i) Test
Buat julung kali pada tahun 2014, MARA buat ujian secara online boleh access dari rumah. Pening kepala juga. Soalan IQ, Maths, Keperibadian, Kenegaraan. Tempoh satu jam macam tak cukup untuk 100 soalan. 
Tips: sediakan 2 laptop, 2 handphone, unifi... Technology is cruel. Though you are extremely intelligent, kalau time tu la Internet/ PC bermasalah--- gasak.

ii) Interview
Dua minggu menanti dapat panggilan temuduga pula. Jauh di MARA Japan Institute Beranang. Haha saya mmg tak familiar jalan di Beranang and I know I am not an early waker. Nak drive Damansara-Beranang satu jam! Haha belum traffic jam lagi. Maka saya tidur di hotel murah a night before, 10mins drive je from beranang :) nampak tak kesungguhan? Haha temuduga 8.30pagi. 7.30pagi saya dah sampai. Temuduga dalam kumpulan, saya dalam kumpulan pertama yang ditemuduga. Orang nombor 4 dalam barisan hehe.

Temuduga dijalankan secara berkumpulan in a group of 10, semua calon lain2 bidang dan latarbelakang (Campur science/ arts, masters/ PhD)
1) Soalan Case Study:
Dia beri situasi, bahaskan.
2) Straw Challenge:
12 straw, 0.5 meter masking tape. Build a device, when u drop the ball from 2ft high, the ball wont bounce out of the device/product. Masa ni la saya champion, bab kreatif ni sciences background candidates dah tak boleh main hujah dah, now semuanya kreativiti haha... so my group succeed :) Group sebelah, sampai roboh produk dia.
3) Soalan Pandangan: What is integrity? Discuss.

Tips: Jadi diri sendiri. Bila keluar tu ada sorg ni skema, she told me, u mgkn kena tolak markah sbb langgar byk adab interview...during the interview, I sat on the floor, sat on the table at times, ketawa mengilai and even gave high-five to group members! Haha. Guess what, she was wrong... :) ini group interview, bukan one-on-one... Semua 3 stage tu sebenarnya nak tgk your attitude and semangat je :) Dengan menjadi diri sendiri, MARA ukur keikhlasan saya :)


4) KEPUTUSAN

Dua bulan tunggu keputusan. Hari dinanti  tiba, 23 Mei 2014. Jam 1petang, ada kawan beritahu MARA put up a link keputusan 5pm! Dari 5pm ke 7pm server congested, tak boleh masuk. So sementara menunggu, saya siap2 draft surat rayuan, just incase tak dapat. Bila dapat masuk je keluar tahniah. Mcm tak percaya. Log in, log out banyak kali. 
Benar-- saya berjaya. Syukur i don't need that surat rayuan :)
*wipe tears* :')



Saya akan update proses seterusnya.

Terima kasih Allah.
Terima kasih MARA.

5 comments:

  1. Hi, i noticed your previous posts on furthering studies in UK. Congratulations!!! Hope all your preps go well. So which uni are you going to? Let me know if Edinburgh is in your list!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... tahniah :) bukan senang nak dapat sponsor MARA tu..

    ReplyDelete
  3. Tahniah yuyu.happy for u :)
    Nanti lama la tak nampak u kat tv3 eh.

    salam -fad.

    ReplyDelete
  4. Congratulations.. mesti excited kan.. I yg sedih coz wpun dh ada 2 uncond & 4 conditional letters I x bjaya uwaaa.. la ni dok buat rayuan kat MARA. Doakan I ye.. sedihnya!

    ReplyDelete
  5. Kak Yuyu.
    I need your help so badly kak regarding the English 1119 certificate. Saya dah buntu ni. I really hope you can contact me as soon as possible. My fb : Aisya Ayysh. Kalau takde fb, email sy please... ayysh_phantome95@yahoo.com. please help me sis. May Allah bless. T_T

    ReplyDelete