Monday, February 27, 2012

MERANCANG ANAK ???



***rencana ni sesuai untuk pasangan pendapatan sepencarian RM8k ke bawah, menetap di KL. yang pendapatan RM10k ke atas, mungkin financially tak bermasalah, i believe. but if u would like to share any close friends experiences, why not? (as long as u dont give out their names haha) ***

bila sebut merancang anak, perkara pertama akan terfikir dalam otak benak wanita
"when to have a child"... kan?

benar kata orang, bila kita berkahwin, bermaksud kita sudah terbuka hati untuk menimang cahaya mata. but kata-kata mudah di mulut, bahu yang memikul sahaja memahami.

tapi INGAT! ... ia tidak semudah yang disangka.

bila orang tanya saya " eh u dah ada isi ke??" (note: rimas) i jawab selamba "TAK.."
dengan tambahan "i'm planning... we're thinking of 2014 to raise a child"

lantan jawab spontan manusia (yang pada hemat saya tak pikir panjang)---
"ehhhhh anak pertama jangan rancang! tak baik plan-plan!!"
... or...
"ehhh!!! rezeki tuhan nak bagi jangan la tolak tau! tak baik!!!"

TYPICAL
p/s: merancang keluarga tidak salah di sisi agama Islam.

bila bercakap pasal family planning.. maksudnya merancang untuk MEMBINA sebuah institusi keluarga... bukan kahwin, beranak, letak kat facebook, bagitau orang dah ada anak, bagitau sedara dah ada baby.. it's within u. ukur baju di badan sendiri sama ada anda sudah benar2 bersedia mentally & financially? benar bersedia???

it's not easy to raise a child... u know, wut more in KL.
young married couple --- do not only think of urself, just to please ur parents, to show relatives & peers that u're pregnant .. blurghhh! can u just freaking think about the future of the child? selepas beranakkan anak tu, kalau rasa terbeban tak boleh masukkan balik dalam perut tau.... remember that. anak itu satu AMANAH jangan jadikan BEBAN. depan orang kau senyum, kat rumah bergaduh kerana anak, dalam hati bergolak merempan kerana stress katanya.anda tak boleh tipu diri sendiri. sedangkan belanja baru kahwin pun entah ke mana. ini pula nak membesarkan seorang lagi insan bernyawa. FIKIR.

kalau saya cakap begitu ada yang akan kata "ehhhh rezeki anak lain!!!"
rezeki ni semua datang dari usaha.
bukan jatuh ke riba begitu sahaja.
ada orang rezeki dia datang selepas ada anak kerana....
pasangan itu berusaha untuk meperbaik kehidupan demi anak mereka.
bukannya menonong duit masuk dalam akaun bank.

IMPORTANT:
saya bagi satu situasi (kisah benar) seorang rakan yang bekerja -- eksekutif-- 29 tahun-- gaji RM3500 sebulan. suami, gaji RM4000++.

selepas bernikah, beliau bunting pelamin. jadi, tak sempat beli rumah, hias rumah, menyambut raya berdua, pegi honeymoon, rasa kemesraan berdua... semua tak sempat! semuanya untuk si kecil kesayangan.

1) nak beli rumah = kena pikir, duit nak pakai untuk baby
2) nak hias/beli perabot = uishhhh. tv plasma & set sofa kena tolak tepi, duit boleh buat belanja bersalin
3) honeymoon apatah lagi, jauh panggang dari api. apatah kalau bini spesis morning sickness.

maka kawan saya sudah tetap dgn gynae hospital swasta (average rate), akan bersalin hujung tahun... so bak kata pemikiran cliche, rezeki kan?? kawan saya itu mengalami contraction pada bulan ke 7 mengandung... bila ke hospital, mmg sah hendak bersalin, bayi tak cukup bulan. maka, tanpa suami jarak jauh dan ahli keluarga, kawan saya menangis sekuat hati mahu tunggu at least ibunya tiba di KL. dalam masa 1jam 30minit ibu nya sampai, (mujur tak bersalin lagi time tu) maka kawan saya di bawa masuk ke labour room.

mulalah saat sedih... dia takboleh push kerana terlalu penat menangis. maka kena c-section. yuran bersalin normal yang pada mulanya RM2k melonjak kepada RM5k....
bayangkan. namun, alhamdulillah selamat melahirkan.

pulang ke rumah, beberapa hari selepas tu, bayinya yg tak cukup bulan kurang sihat. bawak ke hospital kena follow up dan admitted. easily RM2k lagi...

kini sudah setahun usia bayi tu.. haritu saya dan suami melawat.
rumahnya sepah, tak teratur.
perabot entah ke mana.
susun atur jua.
asal boleh.
note: kawan saya ini seorang yang sangat sangat jujur. tanpa bertanya dia cerita sbb dia tahu kami pasangan baru kahwin...

***************************

saya: alahai comelnya anak youuuu!!
kawan: comel, tapi sakit sikit lah bulan-bulan
saya: kenapa?
kawan: i kan bunting pelamin, honestly babe--- take ur time. takyah nak rush2!!
saya: kenapa?
kawan: i kan bunting pelamin--- ckp mulut je ready, hakikatnya tak ready u. mentally, financially. ingatkan cukup, but serious tak cukup!! u tau i kan.. pengemas, pembersih. tengoklah rumah i skrg mcm tongkang pecah. tak menyempat.
saya: alaaaa ok apa.. biasalah baru kahwin
kawan: honestly, ada anak u takde duit dah nak cantikkan rumah ke, nak spend time ngn suami ke, nak atur financial ke, semua untuk baby!
saya: eh baguslahhhh duit mmg spend untuk anak!
kawan: jujur i cakap ni. take ur time. i dengan husband sebulan RM8k pun tak cukup babe. sewa rumah RM1200, kereta RM600 sebijik, RM800 sebijik. belum masuk minyak, bil, segala bagai lagi... baby RM1000-2000 tau sebulan..
saya: huh??? serious???
kawan: i sblm besalin taktau. dah ada anak baru tahu. u bayangkanlah kitorang yg RM8k sebulan ni pun rasa beban, orang kalau gaji husband and wife campur pun RM5k je... camana? aptah kalau cita-cita nak anak masuk nursery bagus, tadika bagus... semua tu kena fikir. bukan senang-senang je buat anak. melainkan mmg young parent syang jenis tak pk the best untuk anak dia, mmglah sedap nak 'romen' je... tak pk langsung financial.

***************************

maka dia beri nasihat dan pecahan financial kepada kami tentang kes nya:
- c-section RM5k
- rawatan baby kurang sihat RM2k
- diapers/baju/pump/cot/etc barang bayi RM3k
- perawatan tradisional pantang RM1500

selepas habis pantang mula bekerja:-
- nursery RM400 sebulan (terpaksa hantar baby nursery sbb parents and in-laws bukan org kl)
- diapers RM300
- formula milk RM300 (sebab tak boleh produce milk)
- ubat / brain development toy/ lain-lain RM200 sebulan.

UNTUK TEMPOH BERSALIN + PANTANG, TOTAL = RM11,500
UNTUK SELEPAS PANTANG, TOTAL = RM1,200 SEBULAN

senang ke nak membesarkan seorang anak? SUSAH!
kat KL ni kalau sebulan RM100-200 untuk baby, tak dapat babe.
RM1200 yang boleh digunakan untuk bayar rumah atau dua biji kereta kita kena ketepikan untuk anak kesayangan. kita sebagai manusia, termasuk saya juga-- akan ketepikan apa sahaja harta benda demi zuriat. betul tak?

benar, bila bunting pelamin--- si isteri happy sbb nak dpt baby and dapat berhentikan orang lain bertanya. suami pula happy gila tapi garu kepala nak cari duit lebih. SERIOUSLY. barang baby tak murah ye wahai wanita semua -- paling murahlah, takyah brand2 saya pegi Babyland SS2 haritu nak beli pressie untuk my friend: -- (ini senarai yang paling murah- brand biasa je, pureen)

baju baby newborn (long sleeve) RM13.90 x 5pcs
seluar baby newborn (long) RM19.90 x 5pcs
baju baby newborn (short sleeve) RM9.90 x 5pcs
seluar (short) RM13.90 x 5pcs
bantal/tilam/getah/selimut RM159.90 x 1
barut RM39 x 2
lampin kain RM30 X 7pcs
lain-lain
INI BARU BASIC... TAK MASUK UNPREDICTABLE DESIRE LAGI

itu belum masuk stress management. contohnya, suami isteri pula kena kerjasama--- soal masa. anak baru lahir sehingga dia berusia satu tahun kena bangun setiap 3jam attend the baby tau. bukan boleh senang2 tidur berdengkur. banyak lagilah, saya rasa ramai ibubapa muda boleh share kat sini.


ini 2012-- memanglah senang ada yang cakap--
"alahhhh biasa2 je sudahlah. orang dulu susah pun anak dia hidup je"
sebagai ibubapa takkan we dont want the best for our kids?
takkan kita nak besarkan anak dengan konsep BIASA-BIASA JE?
kalau setakat nak ada anak tapi ala-kadar buat apa? biar usaha sehabis baik untuk kehidupan anak tu bila meningkat dewasa. anak aset ibubapa.


now we talk about REZEKI~!
ada yang baru kahwin 3-4 bulan muka dah muncung macam cencurut sbb tak pregnant lagi. tension katanya.
kalau orang tanya, atau salah cakap nak melenting tak tentu hala. hormon tak stabil.
relaxlah~~~ mungkin tuhan tahu anda tak mampu besarkan anak lagi. jadi tuhan lewatkan sedikit. fikir positif. so, relax. jangan tertekan. take ur time. melainkan dah lebih 2tahun baru seek for treatment, dengan izin Allah.

fikirlah, mmg wang bukan segala-galanya... tapi kerana wang lah punca keretakan rumahtangga ke-2 selepas pihak ketiga. kerana wang tak cukup, tak stabil -- pasangan suami isteri akan bertengkar. so, chill~~~~ jalan kelam kabut, indenial, atau melenting tak tentu hala.

bila dapat tahu kawan lain mengandung, sila tumpang gembira. jangan tunjuk sangat muka tak puas hati just because ur not pregnant... now we really talk REZEKI!

bertenanglah, sampai masa--- adalah kurniaan Allah SWT.


**just my 2cents, no offense**


34 comments:

  1. spot on yuyu! i totally agree. merancang anak is more than merancang anak, it should be called merancang economy keluarga & preparing both parents mentally & physically. i know that masing2 ada pendapat masing2 tentang hal ni tapi bagi i tak salah for some of us memilih untuk merancang anak. Allah has given us akal untuk berfikir & we have to use it wisely.

    tapi kalau dalam merancang tu pregnant jugak, redha je la cos Allah knows best kan. maybe it's time & rezeki from him.

    ReplyDelete
  2. waaa..suke entry ni..setuju sngt2..actually dila pn planing jgk.. :)

    ReplyDelete
  3. bila as baca entry ni kan,as terfikir makcik as yang bergadoh je memanjang sebab duit.dorang baru dpt anak.duit tak cukup.tgk cara dorang,kahwin..enjoy..tiba-tiba dpt baby semua kelam kabut.no preparation,no saving.

    as pun ingt lepas kahwin nak ready dari segi ekonomi dulu..kumpul balik duit yang dah hbs masa wedding..beli apa yg patut utk masa depan..

    memang orang cakap rezeki anak lain..tapi kalau tak ada persediaan,boleh mengundang pergadohan yg menyebabkan penceraian.

    ReplyDelete
  4. agree..especially utk I yg LDM ni..kwn2 asyik sound je ckp I ni bkn makin muda katenye..I hv to think the best for the child.I LDM kt overseas plak tu.family pon xde sbg rebound if anything happen.I can't just think of myself je.
    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  5. hi miss x,
    i've been married for almost two years now..few months after married mmg tension giler sbb tak pregnant..tapi lama2 jadi lali..i guess my husband berfikiran mcm u..and yes i agree, maybe Allah tahu kemampuan kita di mana..belum masanya maybe..sampai masa adalah rezeki kita..i pegang kata2 tu smpi skrg..in any situation pon.....thank you for writing this.. best of luck to both of u! ^_^

    ReplyDelete
  6. saya rasa syukur sangat-sangat. rezeki mengandung selepas 8bulan kahwin. betul ada hikmah disebalik kejadian. dalam masa 8bulan dapat honeymoon puas-puas dengan husband, lengkapkan kelengkapan rumah, sesuaikan diri dengan hidup baru dengan husband dan dapat peluang rancang kehidupan kami lepas ada anak dan seterusnya termasuk sudut financial. kami cukup bersedia menanti orang baru. :)

    ReplyDelete
  7. i sgt suka entry ni. memang sgt sgt betul. i dgn husband pn plan jugak. tp kdg2 i teringin nk pregnant. i br 3 bulan kawen. and bila i tnya husband i dia ckp 'b nak habiskan masa b dgn syg dulu. pegi mane2 dgn syg dulu'. and i know dia bukan tak nak anak cuma baru2 kawen ni dia nak spend time dgn i dulu kan. insyaAllah ada rezeki kita adala kan :)

    ReplyDelete
  8. Gosh!!TOTALLY AGREE WITH U!! Bila jawab tgh family planning ppl look at u like u're crazy or something!In fact kita as a woman just want what's best for our hubby, our family, our future. Tapi orang apa tau..Most of ppl around me take pregnancy as a race. Sape kawin dulu, sape pregnant dulu..its tiring and obnoxious!! Zuriat yg dilahirkan tu bukan utk dijadikan perlumbaan.

    So...yes. We're planning. Not because nak tolak rezeki ke apa. But nak memastikan rezeki & amanah yg Allah bagi tu kita dpt jaga sebaik2nya. Totally agree dgn entry u! :)

    ReplyDelete
  9. perempuan berkhawin mana yg xnk anak kan..cuma the time rea matters..mcm u ckp la r we ready mentally n financially?i pun rimas org asik tnya bila nk preggie..skang ni bkn makcik je suka tnya tp kawan2 pn suka tnya. i alwiz jwb blum je. tp kna tdah telinga laaa dorg ckp asal lmbt la apa la..haii nk uruskan diri n hubs pun kelam kabut dgn bz kerja..xtau la mn nak manage anak..memikirkan sape nk jaga anak lepas beranak tu lg freaks me out.

    like u said 8k its not big amount for those in kl. nk bli rumah pun semput...as a newly weds i rs i lg suka dh stabil sikit br preggie..at least dh bli rumah..

    sometimes i wonder bdosa sgt ke blum fit nk ada anak straight after wedding?mmg kalo dlm hati niat nak ada anak lepas dh stabil sikit mmg akan dapat balasan susah fpt anak.kejam nya org yg bpikiran mcm tu?

    *my honest thinking

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing this.. kalau ikutkan, mmg ramai yg x terfikir psl benda2 mcm ni.. i pn bakal berkawen.. n bile bace ur post yg sgt berguna ni, buat i berfikir panjang.. siape yg xnak baby kn.. sume org nak.. tp, biarlah kite boleh provide yg terbaik utk baby tuh nnt.. thanks again :)

    ReplyDelete
  11. i selalu terfikir psl ape u ckp..psl duit..org pun sll bagi nasihat duit lg diperlukan after u kawen..so time kawen tu kene ade simpan duit emergency..yes i've done that too..tapi ade org ckp..kalo nk kate duit cukup..smp bile2 pun x boleh..n anak tu adalah rezeki u..hurm walaupun ape diorg ckp tu betul tp i agreed jugak dgn u..its not easy to raise a child (tu pun kalo bukan anak kembar)

    ReplyDelete
  12. Setuju, I juga plan before conceiving. My toddler is 16months old now and still maintain family planning untuk second child. No rush walau I'm already 34. True, because of planning kami dah beli and reside di rumah sendiri (landed property) di kawasan pilihan kami, by the time baby was born, alhamdulillah memang selesa. For me, no matter what people say, family planning is important and as rightly pointed out by you, tidak salah di sisi Islam. For second child we are carefully planning to get a bigger house like a corner lot and engaging maid and what not. Like I said, memang family planning is so important.

    ReplyDelete
  13. miss x!!! i pun bru je wat entry pasal planning to have a baby semalam..kite serupa la.. byk je mulut2 ckp i tak yakin rezeki tuhan la, jgn anggap anak beban la....what u wrote up there mmg betul..we're planning coz we wanna be the best parents ever..

    ReplyDelete
  14. interesting post yuyu~
    Tuhla pas kawin mmg pakai byk duit and hidup kat kl mmg serba serbi mahal.
    Family planning memang penting tp if dah 'ter'happen terima la seadanyerh.
    Tak kesah sgt sbnrnyerh apa orang lain ckp tp sgt takot if 'plan' sangat tiba2 tuhan tak kasi rezeki anak tuh. It happens to few people around me. Tak boleh beranak and etc. Sedih tp masing2 dah start redha.

    susah kan?
    Tp depends on wut u want in life and marriage.
    Yang penting suami kena faham dan sama2 agree dengan keputusan yang diambil kan. Berbalik pada basic principle in Islam, 'Usaha, doa dan tawakal' untuk tingkatkan taraf hidup masing2. cheers~

    ReplyDelete
  15. sharing my stories .i pun baru berkahwin*baru lama skit lah heheh* ,and my baby baru 7 mon,bunting pelamin , and im not working. mmg betul is not easy to raise up your children lagi2 baru nak mulakan hidup berdua ,lagi2 living in K.L haiyaa...but bagi saya nothing is more precious than having a baby eventho u are in difficulties . Baby punya budget sebulan not more than rm1k , i provide injection tambahan for my baby ,pneumococcal , rota,influenza , and it a cost you a hundreds per jabs , and i cut cost in diapers , baby i pakai pureens je diapers dia, sebulan rm80 , and no rashes or itchy or bocor , why we need to wasting our money for something we need to threw in dustbin .
    2nd-i pun sama macam kawan u, sebulan susu ank i dlm rm450,but we as a parents should provide the best for them .
    3rd-total income our family per months is just rm4k, but we managed to live happy without any argument or pening kepala, bulan2 bayar rumah rm900,kereta lg, minyak ,blanje dpur and etc , but we still manage to travelling abroad,
    psychology is the main factor , if you pikir susah and membebankan , so jadilah macam tu, be strong and well prepared to face the real life or else you will not learn meaning of hidup susah. Family planning tu penting kalau kta rasa xmampu dan membahayakan nyawa , tapi jgn dilambat2kan melahirkan zuriat , kerana tujuan utama kita berkahwin bukan kerana cinta dan mengelak maksiat tp melahirkan zuriat ,umat nabi muhammad .i ada kawan planning nk stable kan life dlu , and dah kawen 8 years masih xdpt anak ,life dah stable but love is missing somewhere . yang penting keep on berusaha to improve your life . Insyaallah yuyu. =) love reading your blog .sorry if ada silap kata eh. this is just my experience .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharyda.. sy setuju..

      memang kadang2 perancangan itu perlu.. tapi percayalah tentang rezeki anak.. i am married with one daughter.. and expecting our new one this august.. sebenarnya setahun seorang cukup2! kami berkahwin on 11.6.2010. first baby lahir pada 4.8.2011 dan expecting our new baby on this coming 5.8.2012!..

      our monthly income just around 6-7k.. dengan banyak tanggungan.. ptptn, personal loan, health insurance, kereta, pelbagai jenis bills etc etc..

      bila i mengandung kali kedua..sebenarnya, semasa baru berkahwin pun kami tak dapat manage our financial expenses dengan betul2.. cukup hujung bulan mesti haus..kadang2 tinggal rm20 je dalam bank.. tapi bila dah ada baby, i wonder mcm mana boleh berlaku sebab hujung bulan masih ada 200-300rm dalam bank.. perbelanjaan, i rasa masih sama.. siap ada penambahan 280 upah mengasuh, diapers rm35x3 = rm105(pet pet).. formula 62.90x3 = 188.70(isomil).. (perbelanjaan wajib utk baby around 570-600 only) sebab benda lain mcm minyak, drapolene, baby wash (sebamed) etc, kadang2 sdekat 2bulan baru habis.. diapers pun selalunya sebulan pakai 2 setengah pack shj..

      bila masuk second pregnancy ni i takut juga.. tapi i percaya rezeki Allah.. i am a government servant.. elok i pregnant, ada pulak ura2 kenaikan gaji.. plus.. i dah in service3tahun..so tahun ni my kwsp 300-400rm per month tu akan ditolak sebab i ganti dengan skim pencen.. bila i fikir balik.. ni memang rezeki anak.. belum lahir lagi dah namapk.. dgn kenaikan gaji, kwsp no more..lepas dah utk upah mengasuh, diapers, susu n insurance.. alhamdulillah..

      bezanya.. anak pertama dulu, tak ada langsung ura2 kenaikan gaji etc tapi masih mampu survive.. utk anak kedua ni, belum lahir, tapi insyAllah dah nampak jalannya..

      bukan bermaksud i disagree with yuyu.. tetapi bab rezeki anak ni kalau kt yakin, Allah akan permudahkannya.. percayalah..
      oh ya.. dan saya bertuah bila bab rumah tangga ni suami saya ringan tulang bantu.. so rumah masih cantik walau dah ada anak :-)

      Delete
    2. Ctfiza, sy setuju pendapat you, pendapat yuyu pun sy setuju. Sbb dua situasi yg berbeza dan pengalaman yg berbeza.
      Sy pernah kegugran, then decide utk planning. Bulan tiga genap 2 thn sy kawin. First important utk planning, kedua kalau ade rezeki Allah nk bagi rezeki dlm tempoh planning, hati ni x penah menolak. Sebab lepas sy keguguran, sy belajar cara utk bersyukur atas kehilangan.
      Usaha di tgn kita.
      Rezeki Allah tu rahsia.

      Delete
    3. Ctfiza, sy setuju pendapat you, pendapat yuyu pun sy setuju. Sbb dua situasi yg berbeza dan pengalaman yg berbeza.
      Sy pernah kegugran, then decide utk planning. Bulan tiga genap 2 thn sy kawin. First important utk planning, kedua kalau ade rezeki Allah nk bagi rezeki dlm tempoh planning, hati ni x penah menolak. Sebab lepas sy keguguran, sy belajar cara utk bersyukur atas kehilangan.
      Usaha di tgn kita.
      Rezeki Allah tu rahsia.

      Delete
  16. I have the same exact thinking. Tapi bila cakap kat orang "I'm Planning" mula lah kena ceramah, bla, bla. Tapi kalau ada rezeki, I terima dengan rasa syukur. Allah knows best kan? Right now I terkontang-kanting lagi baru lepas kahwin dua bulan. I terpikir, kalaulah I bunting pelamin ari tu, macam mana I nak pindah rumah, nak cat rumah, nak plan wedding adik-adik I. Nasib I baik sebab both parents tak rush kitorang. Kitorang pun tak rushing. Allah knows best.

    ReplyDelete
  17. dear Yuyu,

    first of all, thank u so much for writing this! i am married for more than 3 years.. and still blum dikurniakan baby.. to be honest, husband and i is OK with our condition now.. we are so happily married. but somehow org2 sekeliling kami yg kecoh2 dan risau2 tak tentu pasal.. baik yg tua, baik yg muda.. kadang2 pissed off jugak, tp kiteorg dah lali.. as u mention in ur entry, mungkin kami blum totally ready in any aspect (not just financial, but mentally too).. Allah itu maha mengetahui, Dia takkan uji kita setakat yg kita tak mampu menanggungnya.. >.<

    ReplyDelete
  18. hello girls!!!! wow byk sungguh pandangan! thanks for sharing! everyone share pengalaman dan pendapat masing2... bagus!!!

    huhu
    1) tak salah rancang anak dari sisi islam
    2) adalah kolot mengatakan "tak baik tau merancang!"
    3) adalah BIADAB mengatakn "kau ni plan-plan, nanti tuhan terus tak bagi!"

    soalan: kau tuhan ke? peace :)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum yuyu..

    rasanya..tak lambat kot chek ucapkan tahniah an "selamat pengantin baru" buat yuyu & suami tercinta..

    chek nih cuma silent reader blog2 org lain saja..nama pena chek mmg "cik senah" dan mmg ak dak kena mengena lgsg ngan nama sebenaq chek.. :)dan antara blog yg chek minat adalah blog yuyu..

    pertama sekali..macih sbb karang entry berkisarkan ttg merancang kehamilan nih..bkn apa..11/3/2012 nih..genap 4 bln chek menikah..dan..paham2 sajalah..bila dah menikah nih..byk pulak lah "tebuan dan lebah" bertanyakan tentang "dah ada isi ka?" kalau jawab "dak lg".. ada pulak sambungan soalannya "merancang ka?"..

    seperti biasa..soalan "merancang ka?" nihh kadang2 kalau sekali dengaq..mungkin leh tersenyum dan jawab " dak aih..belum ada rezeki lagi"..tp, bila dah ramai2 bertanyakan soalan yg ke-2..chek yg mendengaq mmg rasa terbakaq telinga jugak arr..mulalah nk jawab dgn bahasa kasaq2.. :) [so far tak penah berkasaq lg arr..]

    alhamdulillah..ahli keluarga chek..tak penah bg tekanan dan tanya chek soalan2 sebegitu..cuma..ahli keluarga en. suami lah pulak kepochi tak tentu pasai.. :( itu yg chek berangin tuee..

    sbb cara dan (gaya) riak muka bila bertanya tue..seolah-olah chek rasa chek pulak yg bersalah sbb tak bunting pelamin mcm depa semua ( 7 org kak2 ipaq chek..en. suami anak bongsu drp 10 adik-beradik)..yalah..bila ditanya oleh kesemua kak2 ipaq..hati sapa yg tak terasa kan..? (kalau sorang saja tanya bg pihak semua..ok lah jugak..tak lah sentap sgt hati chek nih..) mcm lah chek nih dok telan pil perancang kehamilan berkilo-kilo sejak hari pertama menikah.. :( sedih na bila kita dijadikan sasaran dan seolah2 dalang /punca keTIDAKhamilan itu berlaku.. :(

    mmg betoi apa yg dikatakan oleh yuyu...dgn kehidupan di KL nih..pasangan yg baghu bernikah..mmg kena merancang kehamilan..bkn apa..bila dah ada anak nnt..takkan nk tadah tangan kat org mintak duit utk sara hidup anak kita pulak kan..? mesti arr kita sbg ibu bapa yg kena tangung dan sara anak kita walau apa cara sekalipun..

    pasangan suami isteri mmg kena tgk kemampuan gaji bulanan masing2..kalau pasangan yg gaji bulanan berjumlah RM8k pun rasa tak mampu nk menanggung perbelanjaan seorg anak..inikan pulak kalau jumlah pendapatan tak sampai RM5k sebulan.. :( lagilah haruu..betoi dak..? nk kelupoq cari duit kot celah mana nk bg mkn anak??

    perkaitan anak itu rezeki mmg tidak disangkal lagi..namun, pasangan suami isteri kena bijak dalam mentadbir urus hal rumahtangga..terutama sekali bab kewangan.. sbb tanpa wang..mcmana nk mengatur urusan seharian..? betoi dak..?

    rasanya..chek mcm ulang balik apa yg yuyu dah terangkan pjg lebaq dlm entri yuyu nih..cuma..gaya bahasa kita saja kot yg lain cikit.. hehe.. terima kasih kerana ada ruangan ini utk chek meluahkan rasa yg terbuku di hati berkaitan dgn anak..

    oklah..chek senah doakan yg terbaik utk yuyu dan en. suami.. semoga kalian berdua berbahagia hingga ke syurga..dan dikurniakan anak-anak yg soledan solehah.. insyaaallah.. :)

    ReplyDelete
  20. i couldnt agree less with you. hope you wouldnt mind if i share it in my blog. :)

    ReplyDelete
  21. gaji kecik pun boleh survive..nak seribu daya, xnak seribu dalih as they say..when the time comes you'll survive. tak cukup duit tu maybe xreti nak manage income..dah ada anak ni semua kemahuan sendiri kena tolak tepi..nak beli brg2 yg lavish tu once in a blue moon..nak tunggu sampai duit cukup, sampai bila2 pun xcukup sebenarnya..rezeki Allah yang tentukan..

    ReplyDelete
  22. “Dan Janganlah kamu membunuh anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu, sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)

    mmg xbunuh..tp takut duit xcukup 2 same je mcm takut miskin..tggu 2,3 thun pn confirm xckup lg..

    ReplyDelete
  23. girls: thanks for the input and all opinion of yours! :)

    yehaa: kelakar la awak ni! baru buat account ke? :) anyway janganlah tunjuk bodoh sangat. merancang anak bukan membunuh. merancang anak bukan abortion la. choppp, awak tak cukup duit ke? kesian. tak cukup duit sampai tak paham konsep merancang anak.

    ReplyDelete
  24. Yehaa, X paham, takut x cukup duit sama mcm takut miskin (andaian ke), ape kaitan ni, mcm mane bleh tahu tunggu 2 3 tahun confirm x cukup, cth, hutang rm10, kalau byr sebulan rm2 selama 5 bulan, habis tak hutang tu? Kalau byr rm1, habis dlm tempoh 10 bulan, itu org panggil merancang kn, ade rancang nk byr dlm tempoh 5 bulan, then ade nk byr dlm temoh 10 bulan, kalau hutang x habis habis maknanye x merancang la tu..
    rancang tu bukan membunuh.
    Sy pasti,ada ayat memerlukan sunnah untuk memperjelaskn yg mana tidak jelas, selalu yg silapnye bile ditafsir tanpa merangkumi ayat sebelumnye atau selepas. Betulkn jika saya salah.

    ReplyDelete
  25. Akak sy xde belogh tau...tp sy ske bace entry akak..sumpah best..
    1st time komen..hehe..ha muke akak ade ala2 dia fadila...yg pnyanyi tue..hehe..sekali pandang jer ehhhh...2x pandang ha la haiii...mmg akak ok :-P

    ReplyDelete
  26. yuyu
    tq 4 u nice entry..seriusly i setuju..1 br kawin 1 bulan..Memang inginkan anak..Dan nak mengandung..Tapi bila pikir balik apa yang awk tulis ini..Memang ada betolnye..Saya yang belum ada anak ini pun..dah pening ngan duwet tau yunk..Macam nak begaduh pun ada..Tetapi ikutlah rezeki allah..klu ada..saya bersyukur..Kalau lambat ckit..Dapat urus perbelanjaan kan..=)

    ReplyDelete
  27. this is my sentiment exactly and i am also being asked not to plan etc. children are a blessing only when you are ready to be a mother and a parent....and your husband is ready to be a father and a parent. it is a partnership as well.

    ReplyDelete
  28. Salaam to all.
    Rata2 yg komen kat sini banyak argue financial issue. mungkin jugak sbb majority dpd isi entry pn pasal financial...

    Tp apa2pun, kita kenalah baca dengan minda yg terbuka. Apa yg penulis blog ni utarakan memang totally make sense, utk org yg duduk di KL. Mungkin amount gaji tu precisely tak kisah la berapa sebab ia bergantung jugak kpd cara berbelanja. tp isu utama yg cuba diutarakan memanglah nak membesarkan anak zaman sekarang bukanlah percuma, and sometimes tinggi pula harganya.Amat salah kalau kita nak tunggu 'cukup duit'. tp siapalah kita utk mengukur financial orang lain,tambahan kita tak tahu mungkin ada pasangan2 baru kawen yg msih perlu byk menolong keluarga yg susah? atau tak mahu guna kad kredit and berhutang jd memang perlu tunggu sebentar? wallahua'lam.

    Kawan2, cube kita besarkan skop kepentingan family planning ni, TANPA prejudis. Ada banyak faktor lain yg tak kurang penting kenapa perlunya family planning.

    Tidak perlulah kita question kenapa sesebuah keluarga tu nak 'planning', sebab setiap orang tak sama situasinya. Anak memang rezeki dan anugerah, tapi jgn sesekali lupa anak adalah amanah dari Allah buat kita...tanggungjawab kita.

    Janganlah kita memandang sinis terhadap mereka yang melakukan family planing dengan andaian menolak rezeki etc. setiap orang berbeza. malah rezeki itu juga dtg dari banyak cara.

    Mereka yang tidak mahu mengamalkan family planning juga tak salah. mungkin kerana yakin dan mampu, jadi apa salahnya anak dekat2 dan ramai2 kan? :)

    Sorry komen nak sama panjang dengan entry pulak (lawan tokey). Sy nak berkongsi 1 blog yg cerita psl family planning dari beberapa aspek yg bbeza.

    http://littlehouddy.blogspot.com/search/label/Family%20Planning

    ReplyDelete
  29. Spot your entry, when i struggle googgling all around about family planning in your first child. first jumpe dkt forum yang tak elok you planning nanti Allah tanak bg langsung...
    In my case, I akan nikah this coming september and me and my husband akan fly to London, further study. and it is crucially important to really plan well about having first baby.. dgn phd, lab works lagi. yes, i takut..i takut Allah marah kalau kita planning, itu i dengar jugak org cakap..and i, honestly i tawakkal and i mintak Allah faham dan restu setiap niat i, knp i taknak anak lagi..insyaAllah Allah tahu kan setiap niat kita..

    ReplyDelete