Saturday, October 22, 2011

MALAYSIANS & RSVP?!


*****Entry ini hanya untuk situasi RSVP utk sit down dinner or strict headcounts (buffet tak termasuk dlm entry ni sbb still flexible)*****



SITUATION 1 : CAKAP BERLAPIK TAK KENA TEMPAT!


Sudah menjadi lumrah rakyat Malaysia when it comes to RSVP:--
Bride: Are you coming? RSVP. need your respond... Prospective guest: InsyaAllah...

it's good to say 'insyaAllah'-- tiada siapa larang. but do you know what insyaAllah really means in RSVP context? maksudnya kamu akan datang, berusaha juga untuk datang. maksud insyaAllah dlm konteks RSVP bukannya-- tengok keadaan. paham?!

so let me all of you out there. jangan jawab gitu lagik. senang je jawapan dia; it's either YES or NO. Tiada istilah MAYBE, buatlah-- kena lempang dengan aku. Why??? it is important to determine head counts. so kalau anda confirm tak boleh datang jangan jawab YES-- sebab katakan di hotel, RM120 per head-- kalau ada 10orang macam korang yg suka hati bedah jawab YES-- tak ke tuan rumah rugi RM1200 dah?! sedangkan kalau korang jawab NO boleh je dia kasi kad dekat org lain... ada paham?? (unless tak boleh datang, notify asap). unless betul2 tak boleh elak--- like myself, in the midst of urus wedding, dengan jadual yang tak tentu hala-- ada wedding yg saya mmg nak sangat pegi tapi kena cancel last minute to fulfill work and family related matters.




SITUATION 2 : UNINVITED GUESTS!

Some people just don't get it! Kalau RSVP, if letak nama " Aminah & pasangan ". Maksudnya DUA orang sahaja ok?? tak kesahlah pasangan anda tu isteri ke, kawan baik ke-- tuan umah tak kisah, asalkan datang seorang atau berdua SAHAJA. jangan pulak " Aminah & pasangan " kau pegi bawak anak 5 orang! tengok tempat la... kalau buffet, mungkin ada kelonggaran sikit, but sitdown dinner tolonglahhhh jangan buat gitu. kau bawak anak 5 orang + 2 orang, 7 orang... katakanlah dekat duchess place RM60++--- anda dah merugikan RM420!!!kalau dah bawak satu proton exora penuh, paling pun kasiklah RM200-- ini tidak, bawah 7pax but kasik RM50! memanglah tuan rumah gembira asalkan anda datang--- but etika tu. paham-paham sendiri ok?

Almost simillar situation-- when it is clearly stated "Aminah & pasangan"... don't you ever ask the bride "Can i bring my 12 year old?" -- Why u shouldn't ask that question? 1) coz it is clearly stated the invitation is for two (unless state otherwise). 2) kids are not allowed? 3) hello cik kak don't leave the bride blinking and feeling guilty la! for god sake she's getting married... takkan kau nak dia jawab "bawaklah..~~~ (dalam nada tak ikhlas?) and kalau kena bridezilla like me you'll get an honest answer "i'm sorry tak boleh... sebab RSVP"... hujungnya kau jugak yang sentap kan? Please read RSVP guidelines, or don't come. :)) *kejam but jujur*

...And another--- if it is clearly stated in the invitation nama anda sahaja, ie: menjemput : AMINAH BINTI AHMAD. maksudnya kau sorang je. toksah pegi jumpa kawan ofis "eh lets go wedding munah together!" or jumpa kawan sekolah " eh! munah nak kahwin next week, dia ada jemput kau tak?" DON'T DO SO! *serious warning* those kind of statement and question is even rude than the bride asking u to RSVP-- which is wayyyy polite! *etiquette*

.. lagi satu, you told the bride "I can't come" but hari majlis you showed up!! menyusahkan je... kalau kata tak datang, toksah datang terus... sbb mungkin your seat tu bride dah bagi kat org lain. ye lah, kita ni org melayu " haaaa mak mertua aku tak jadi turun KL, so besok aku datang wedding kau" huhu bride panic! alamakkk aku nak ltak dia kat meja sapa, aritu kata takleh datang??! pffttttt



SITUATION 3 : THE ABSOLUTE NIGHTMARE TO THE BRIDE!

bride & her family needs you to reply. malangnya, lain suruh buat lain yang korang buat--- ini beberapa kejadian yang menyakitkan hati bride.Jangan jadi golongan ini!:--
1) Jangan cakap dekat bride that you're bringing new boyfriend (yang tak dijemput!)
2) Kalau kawan opis, jangan memandai announce that your kids are coming. (jangan memandai bawak anak kalau kat hall or hotel-- anda mau kanak2 berlari dan panjat pelamin?) -- kalau nak datang sgt, tinggal lah rumah mak mertua atau nursery jap.
3) Hahaha yang ni paling lawak---yang jemput diri sendiri!!! ie: "Eh kau nak kahwin eh? Kau tak ajak aku, siap kau!" (motif?) hahahaha wait for the invitation, if bride n family don't invite just smile and take it positive mungkin lebih ramai yang rapat mereka kena jemput. DO NOT show how thrilled you are about her wedding, sbb mungkin you were never on the guest list pun.

hahahahaha ok tu je buat masa ni :))

ps: in your card, letak ONE mobile number only. orang Malaysia ni i sedar letak number mak, ayah, abang, kakak-- satu keluarga dia letak. macamana orang nak RSVP? kalau dia sms abah awak yang dah 70tahun ala-ala lupa, tak ke dah terlepas RSVP seorang tetamu... betul tak? :) think about it.

16 comments:

  1. haha, i like this. i pon pening with this kind of people. ada tu mula2 cakap, alamak my house is far away, i need someone to drive .. okay i coleh consider. *kasihan*.. then, suddenly call lagi 2 weeks after that, and cakap.. eh, my brother yg drive tu nak bawak anak n bini dia lah... pengsannnnn !!! (*_*)

    p/s : boleh kasi idea x, how to tell them pasal ni?

    ReplyDelete
  2. erk~ actually its true .. topic panas ye hari ni yuyu.. gud job gurlss..

    salam ukhuwah, nanie b2b selangor from BBF group~

    ReplyDelete
  3. I think ramai rakyat kita baru nak faham konsep RSVP ni. What you say is mostly true, but I think we need a little more time for them to understand this concept.

    But at least you tulis camni, salah satu effort la nak educate diorang

    ReplyDelete
  4. hahahaha, we face the same problemo.

    mereka x fhm when we said tak boleh bawak lebih dr 1 org, they will say, anak2 mcm mana? Anak2 yg dewasa pula nak ikut. So, my FFIL terpaksa buat 1 tempat khas utk mrk yg bwk anak or dtg tiba2 nanti.

    tu x campur dgn rombongan saya yg punya anak kecil. Mrk kena duduk luar hall, jd takut ada yg terkecil hati sbb di ajak sama, tp duduk asing2.

    serba salah sungguh. ajak salah, x ajak pon salah :P

    ReplyDelete
  5. This is why i x prefer sit down dinner, unless maybe i have the budget buat untk 1k heads. Ramai nnti kecik hati x dijemput ;p

    ReplyDelete
  6. seriously mmg susah dalam hal ni.!!!!xpayah nak educate org patutnya paham sendiri la kan.

    ReplyDelete
  7. That is so typical of our malaysian people.
    Bila hantar card and rsvp, semua cakap insyaallah.

    It happened to me on my wedding. Nearly 2 tables of my colleagues n friends who initially excited to attend my wedding, didn't turn up on that night of the wedding. Horror okey! Membazir 20 pax je, i could hv given the seats to other people instead. Geram!!!

    ReplyDelete
  8. pergh.. ulasan yang mantap ni sis. i always love to have event yang ada RSVP. tapi orang melayu ni susah. tak jemput, kecik ati.. =|

    ReplyDelete
  9. love this post. betul kata Rilla.kat sini br nk faham bab2 RSVP :)

    sdgkan i yg buat kenduri biasa2 makan buffet ni pn lepas kenduri org masih tanya mak i kenapa x jemput pn.terkedu nk jawab.ini kan pulak yg ber RSVP kan? hehe.sbr jelah

    ReplyDelete
  10. alamak, i pun menghadap benda yg sama..tapi tak tau nak jawab..i dah sent kad, then jemput ahmad & isteri..pastu, dia reply, confirm, 2 dewasa 3 kids..camner ni miss x????

    ReplyDelete
  11. happened to me too!! mmg sakit n pening kepale dibuatnye..luckily my mum reserved few seats in case ade org wt hal cmni..n mmg ade pon..

    ReplyDelete
  12. Scary nyer dgr all the stories. Cause my wedding next year will be a sit down dinner.

    I'm not planning to invite EVERYONE so just nak ckp, "sorry buat kecil-kecilan je" if ada org yg tanya knp tak ajak.

    Pasal RSVP tu..berserah je la to God

    ReplyDelete
  13. Dear Miss x,
    what u have posted is so true! Sometimes I just couldnt understand why is it so hard for the community to accept that they are not invited to the reception or wants to bring the entire family to other people's event. Makan free mungkin?
    I feel that, RSVP is also required for a "not a sit down dinner". Food wastage could be prevented.

    ReplyDelete
  14. Hahaha... masa my wedding, ada guest siap bawak baby stroller okay! terbeliak my mother in law tgk.. sungguh tak protocol.. >.<

    ReplyDelete
  15. OWH SANGAT SETUJU......TOLONGLAH BAGI I SHARE ENTRY NI DENGAN SATU DUNIA. PLEASEEEEEE...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete