Monday, October 3, 2011

PROSEDUR NIKAH: A to Z

SITUATION:
Myself-- lahir di kl. Menetap di kl selama 18 tahun. Namun, terbaru menetap di selangor,9tahun. IC dalam purse, alamat selangor. Mana kita lahir or tinggal lama, tak kira. alamat terakhir menetap yg di ambil kira. Jadi prosedur saya under SELANGOR)

Fiance-- lahir di johor. Menetap di johor sejak kecik. IC dalam wallet, alamat johor. Namun kerana kerja, fiance menyewa di bndr utama, selangor sehingga hari ini 6tahun. walaupun tmpt lahir johor, alamat dlm IC johor, namun fiance isi borang permastautinan/menetap di selangor since lebih 4bulan menetap di pj, so his procedure under SELANGOR. (so korang if bakal husband kerja kl/selangor takyah susah2 balik kampung, boleh settle sini. Yg perempuan boleh jugak but dinasihatkan balik hometown coz perlukan wali, etc...)

Proses dokumen: selangor (JAIS)
Lokasi nikah: KL (JAWI)
So?: both me n fiance kena minta kebenaran nikah
luar daerah/negeri (nanti i explain)


PROSEDUR step by step:
1) HADIR KURSUS pra-perkahwinan:
Tak kisahlah di negeri mana2. Bayaran RM80 seorang. Valid seumur hidup. Dinasihatkan pergi dengan kawan2 a.k.a anotha couple. If pegi dgn tunang shj, boring takde kwn sembang2 sbb lelaki n perempuan duduk asing. Ambil masa 2 hari, actually less than that :)
-sabtu: 2-7pm
-ahad: 8.30am-5.30pm
Reccomended kursus kahwin venue: TTDI
(all 6speakers were soooo funny,even funnier than raja lawak ok?! In a knowledgable way... interesting! Call Kak ana - 0129783149)
*sijil kursus pra-perkahwinan akan diperoleh within 3-5days :)

2) HIV test
Di KL/Selangor hanya boleh dibuat pada hari Isnin, Rabu, Khamis. Dan, HANYA di antara pukul 2-4pm.... Dahlah 3hari shj, pendek pula masanya. Yg bekerje ofis isnin-jumaat, kena amik offday ya :) . Kerana tempoh ciput iaitu hanya 2jam satu sesi, anda kena buat appointment-- bukan main terjah je. 2011 is wayyy different than 2009/2010 kdg2 nasib baik dpt walk in.. 2011 jgn harap! Apatah kalau dekat bandar. For an example: i called 28th September baru2 ni... Di klinik kesihatan kerajaan kelana jaya, puchong, sg buloh, shah alam, rawang, bndr tasik selatan, pantai, bangi, haha hampir semualah fully booked until 19th october!!! Maka, jgn terlalu confident nak walk in ya? Again, 2011 is not as easy in town. Setelah call smua yg dlm lisy, hanya 1clinic yg kosong, Kuang (nun di hujung selangor). Kami nak settlekan awal, so kami pegi.
Bayaran: RM1 only
Masa daftar+isi borg+tunggu giliran+tunggu result= 1jam20minit (if tak ramai psgn, 30minit dah siap kata orf klinik)-- hari yg saya pegi ada 9pasangan.
ps: peduli apa korang kaya raya ke, apa ke... Hiv test hanya boleh dilakukan di klinik kerajaan ONLY! So, toksahlah berangan nak pantai ke, sjmc ke, prince court ke... Korg kena tempuh klinik kerajaan :) --
Validity: result hanya valid 3bulan, bukan lifetime, so if kawen bulan march, buat bulan january mmg the best! Igt, jgn lengah kerana adakah anda pasti urusan depan penghuli, tok imam, jabatan agama semua akan berjalan lancar?? Jwpnnya selepas ini!

3) LELAKI selesaikan segala dokumen (jika bermastautin)
Tunang saya org johor, namun dah 6tahun menetap di selangor so dia kena isi borang1, borg mastautin-- jumpa penghulu, and bawak 2saksi (the best is rakan kerja atau kawan rumah sewa).. Takyah nak susahkan diri carik sedara dtg dr kampunh hokay? Dan igt, saksi 2org tu kena ngam sbb kena susahkan dorg sikit mintak tolong fotostat IC.Tok penghulu dah chop, bawa ke tok imam berhampiran. my fiance currently tggl di bandar utama, so jumpa imam situ.
Bab ni, 2saksi tu pun kena ikut and jgn bawak yg nervous, bawak yg peramah :) sbb tok imam bukan sekadat mintak sign, dia mintak jugak baca sumpah memberi maklumat benar... So if yg gagap2, pemalu, suara pelahan tu toksah bawak. Bawak saksi yg confident.

4) LELAKI to jabatan agama
My fiance kena pergi JAIS utk endorse, dan dapatkan kebenaran berkahwin di luar daerah... In my case, di KL.. settle je, akan dpt number rujukan. Bawak segala dokumen yg dah disahkan--- SERAHKAN KEPADA bakal pengantin perempuan (sayalah tu! Hehe)

5) WANITA mula process
setelah terima dokumen si lelaki yg dah disahkan jabatan agama, now peranan bakal pengantin perempuan. Pilih satu hari, 4org ini WAJIB ada---Bakal pengantin perempuan, wali aka ayah, 2saksi. 4org ni bersama2 pergi jumpa tok imam masjid berhampiran rumah. (kalau sorg takde, takkan settle-- tok imam takkan sign) andddddd TAK BOLEH sign siap2 kat rumah, 4org yg terlibat ni kena sign depan tok imam sbb tu all 4must b there :) adalah background check sikit --kerja kat mana, dulu belajar kat mana. My tok imam pun sama ngn tok imam di bndr utama dia mintak kami semua baca sumpah maklumat benar tu sebelum sign :) again, jgn bawa saksi yg gagap2 or pemalu ya... Haha. Kemudian, tok imam saya pun endorse!!! Ps: dia akan mintak dokumen si lelaki yg lengkap before proceed with ours, kalau yg lelaki tak lengkap-- jwbnya kena rejectlah!!!

6)COMBINE BOTH DOCUMENTS
Kedua2 say dan fiance ke JAIS mintak kebenaran nikah di KL. JAIS akan keluarkan surat kebenaran.

7) NEXT JABATAN AGAMA
Dari jais, kami ke jawi bg surat kebenaran tu utk daftar di KL. Selesai prosedur, minta number possible pendaftar a.k.a qadhi. Dia akan bagi list panjang. Hubungi one by one tanya "free tak pada sekian tarikh, sekian masa" katakanlah ditakdirkan 20org yg uols call tak free... Carilah tok imam masjid berhampiran dgn lokasi nikah, atas budi bicara. If susah sgt, adjust time dan aturcara ikut jadual qadhi, asalkan korg dpt tarikh yg korg nak kan? Haha If takde jugak, abaikan angan2 nikah di lokasi impian, pi nikah kat masjid... Pastu dtglah kembali ke lokasi impian utk begambar hahah :)

8) SELESAI?
Yerp! Kalau semua berjalan lancar-- kursua kahwin awal, HiV booking 3months before, dokumen lelaki dan perempuan settle, tok imam yg chop tak songeh, tok qadi berjaya di book ikut tarikh dan masa... Alhamdulillah~

PENTING!!!
logiknya kenapa pegi hiv test kena awal-- bygkan situation ini jika anda berlengah;katakanlah nak nikah 1december, hiv test 10november baru nak call,-- buat appointment 20november je klinik free. So confident sbb ada 10hari lagi, bygkan tok imam belah laki reject, tok imam belah pompuan pon byk songeh-- So 25nov baru dpt settle all dokumen, pi jabatan agama dia ckp BYE-BYE, tukar tarikh nikah hahah kenapa??!
1) kena submit at least 7hari sebelum tarikh nikah
2) dia peduli apa korg merayu dah booking khemah ke, catering ke, ritz carlton ke, mandarin oriental ke. Booking makeup artist ke, pelamin ke, semua dia tak peduli. anda lambat siapkan dokumen, anda nikahlah lambat ya? jawapan depa "takpe, kalau dah booking itu-ini, awak kenduri lah dulu, nikah kemudian"... NAK MACAMTU?? Taknak kan???
3) katakan anda berjayalah submit ngam2--- 7hari before nikah, ingatlah-- Qadhi zmn skrg kena ikut mukim, kalau fully booked jwbnya kena tukar ikut masa qadhi free, or kena nikah beramai2 kat masjid!! Haha simpan saja angan2 nak tunduk ayu malu2 utk nikah di rumah ;p
4) kalau ikut hukumnya nikah sah asal cukup rukun nikah. Tapi memandangkan ada peraturan dr segi pendaftaran--kenalah jugak ikut. kalau kamu takde qadhi n berdegil gak-- contoh? Nikah kat kl tp amek pakcik kamu yg alim kat utara nun dtg kl nikah-- mmg sah ikut hukum. But ikut peraturan negara nanti kamu kena nikah 'again' kat jbtn agama :) di mana daerah kamu register utk nikah, sbb skrg ikut PPN kawasan.


Ps: a little funny when i just got to know there's a fixed price for the qadhi n saksi2 yg qadhi bawa... Selangor total sampai rm400 sumthing. Tu my father kata, kalau ustaz dulu tolong nikahkan ikhlas, ikut tuan rumah nak hulur berapa-- skrg qadhi pon jbtn agama letak harga. Hanya pndgn yg dibincgkn sesama ahli keluarga saya... :)


PENTING LAGI!!!
1) waktu jumpa tok imam n jabatan agama, yg free hair harus bertudung litup. Menghormati mereka. Kalau kena imam yg amat warak, kalau kamu masuk rumah dia or masjid berselendang pun, di takkan sign....suruh kamu balik, dtg semula bertudung sbb tanda hormat.
2) saksi jgn sambil lewa. Kena ikut adab sama dgn pemohon. Saksi dtg pakai seluar pendek tak dibenarkan sign ok?! saksi adik beradik dtg dressup hiphop ala singlet basketball n walaupon sluar panjang baggy pun tak diterima! So pls pick ur saksi correctly.
3) wali a.k.a bapa kalau si pengantin anak sulung, igtkan bapa tu suruh dia remember tarikh nikah...sbb wajib tulis sekalipun surat nikah yg dah berumur 50tahun tu hilang.igtkan bapa anda to ask his siblings incase he forgot and ada sedara yg igt. Hahha you know men, apatah lagi org lama, motif tarikh nikah, tarikh anak2 and bini sendiri pon dia tak ingat! hahahahah
4) jgn pakai liquid paper atau terlalu byk kesalah menulis dan mengeja di borang2 permohonan nikah. If salah, print je baru rather than kena rejxt kat jabatan agama :)

PAY ATTENTION TO THE POiNTS ABOVE!
Kesalahan kecil mampu malambatkan segala proses, seriously!!!


Moga anda semua dpt manfaat dari article
MissX ni :). Good luck!!! XoxoBlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

10 comments:

  1. thanks. takutnya. ehehehehehe

    ReplyDelete
  2. yeay for yuyu..! dis is very2 helpful..!! *hugs*

    ReplyDelete
  3. i yg dh kawin pn teruja baca prosedur yg detail ni.haha journalist la katekan.mmg research habis ni.cuma masa i aritu semua pakcik i yg settlekan.i tak terlibat lgsg.i just isi borg je.hahaha.takde interview ke apa semua.tau2 dh duduk utk akad nikah.weee! ;p

    betul tu.dlu ikut tuan rumah je nk bg berapa,skrg wahhh dh letak harga okkk.nice post miss X! :)

    ReplyDelete
  4. ya ampun!! seksa nya nak kahwin!! im getting married insyaAllah this December :)

    yuyu, nak tanya...borang bermaustatin tu nak dapat dari mana? in my case, my fiance kerja kat kl. lagi satu, borang pengakuan bujang tu mcm mana? nak dapat dari mana?

    tolong ye..saye sangat lah blur :(
    thanks dearie!

    ReplyDelete
  5. teringat lak time nak settlekan borang nikah ni haritu. memang dugaan. alhamdulillah semuanya lengkap, cuma tak larat rasa nak kena ke sana sini & mmg few days jugaklah cuti habis sbb i kena ikut sekali settlekan utk pihak lelaki. nasib pihak perempuan wali boleh uruskan tanpa kehadiran pengantin. kalau tak mmg masak jgk i.. dugaan dugaan.

    on bayaran tu, ooooops i pun terfikirkan benda yg sama last time. nasiblah total kat NS rm210 tuk kadi, saksi & documentation process sekali.

    btw, memang terperinci ur writing. will be very helpful for future b2b. nice!! =)

    ReplyDelete
  6. yuyu!!omg!i bace je post ni trus adrenalin rush okkkk???trus i msg my dad tnye tok kadi dh book ke blommmm.sbbnye bsok br nk buat HIV test kot..nikah nye ujung bulan ni..wahahahah...nasib baik my dad kata dah book..kalau kene tukar tarikh walhal dh book sume..mau i pengsan..

    ReplyDelete
  7. panjang nye procedure seram pulak nk kawin...hehe... apa pun thank you !

    ReplyDelete
  8. You don't know how helpful is this to me. Thank YOU! I've linked you back in one of my posts. He he

    ReplyDelete
  9. dear, pihak lelaki wajib ada ke masa pihak perempuan pegi jais and jawi mintak kebenaran nikah di kl ?

    ReplyDelete